Hari ini pergi sebuah butik perkahwinan dengan mak and mak cik saya.. Opps~! Jangan salah sangka, bukan saya yang nak kahwin tapi sepupu saya.. Hehe! Bila pulak giliran saya? Itu hanya Allah sahaja yang tahu...
Perkara pertama bila tengok semua ini ialah .....
- nanti tema kahwinku warna apa?
- pelamin macam mana?
- bila masa?
- Meriah tak?
Ahh! Stop it... Berangan je terus... haha... Tak boleh berangan lama-lama nanti lalai pulak.. Bila dah tiba masanya nanti kita akan merasai semua nikmat itu. Insyallah... Bagi pendapat saya jika dah mempunyai kekasih dan umur meningkat 20-An cepat-cepat lah mendirikan rumah tangga. Bukan apa takut sang perempuan diambil orang dan boleh mengelakkan maksiat. Ya lah, anak terbuang semakin meningkat, penzinaan @ maksiat semakin berleluasa. So, jika dah berkenan di hati apa lagi cepat-cepat masuk meminang & hidupkan Sunnah Rasul. Hehe!
P/S : Jodoh, rezeki, hidup dan mati adalah ketentuan Yang Esa. Jadi janganlah lupa berdoa kepada-Nya supaya dimudahkanNya segala urusan kita. Dan ingatlah, cinta pada Allah itulah cinta yang kekal abadi ^^
















