Selasa, 31 Disember 2013

Pahit Manis Bersama... 2013.

Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Semua orang pasti mahukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:

“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”





(actually dalam gambar ada yang kurang. Hamba Allah itu tengah struggle untuk exam. CHAIYOK! )
Perkenalan sejak tingkatan empat. Eh, bukan sejak tingkatan 2. Mula-mula saya pindah sekolah dekat sini berkenalan antara diorang then bila dah mula-mula rapat tetiba terdapat idea tubuhkan group yang bernama ....... (*terpaksa dirahsiakan). Hidup sama-sama, ketawa sama-sama, sedih sama-sama. Kini, kita terpisah membawa haluan masing-masing tetapi kita takkan terpisah (*dah macam lagu black- takkan terpisah).Setelah sekian lama berkawan kiteorang telah mendapat berita yang mengejutkan apabila ada salah seorang dari kami meninggalkan kehidupan. Allah lebih sayangkan dia... Walau apa yang terjadi kiteorang tetap bersama untill JANNAH. INSYALLAH 
Pada tahun 2014 kita dah berumur 20 tahun. Sedar tak? Hehe. Dah dewasa. Tak de lagi nama zaman remaja nak bermanja-manja. Kalau zaman dulu-dulu dah boleh bernikah *ini gatai namanya. Dah boleh berdikari sendiri. Padahal tuan empunya badan pun... Ermm... Apa kurangnya... Budak-budak! kih3 (ketawa sopan).





Bila kawan yang kita rapat dah pergi belajar di universiti masing-masing 2 orang hamba Allah ini yang menemani sepanjang hari persekolahan Tingkatan 6. Mereka lah yang menasihati ku, berkongsi kisah duka dan lara. Adakalanya saya tak ikut nasihat diorang tapi akhir kecundang tapi mereka tak pernah berputus asa untuk membuat saya bangkit. Diibaratkan seperti ayah dan emak di sekolah. Berkenalan dari tingkatan 2 tetapi berpisah dan bertemu jua di tingkatan 6. Banyak kenangan manis dan pahit kiteorang lalui bersama tapi yang penting semangat kerjasama ada. Alhamdulillah sehingga kini persahabatan tak pernah lagi renggang walaupun banyak halangan yang ditempuhi. Kini, zaman persekolahan dah tamat dan masing-masing sibuk dengan mencari sumber rezeki yang halal. Harap dapat bertemu kembali. 




"Budak nescafe" itu lah gelaran yang dipanggil kepada Hamba Allah ini. Di kelas suka sangat makan, minum "nescafe" untuk hilangkan mengantuk. Kadang-kadang sama-sama ber- "happening" dekat kelas. Ceria sokmo bak kata ore kelate. hehe! Apapun yang penting "senyum sokmo". Budak ini selalu jugak bagi nasihat yang berguna *walaupun ada setengah tu tak leh pakai sangat. kih3! Jangan marah nohh~. Hamba Allah ini boleh di anggap sebagai teman ceria ketika saya sedih dan resah. Kalau bab "order online" nombor satu nak beli. Asalkan nampak jer benda comel mesti je nak beli. hehe! 

  • Pada tahun 2013 banyak kenangan manis dan pahit di lalui bersama tapi Alhamdulillah hingga kini saya terus tabah dan perkuatkan hati dengan adanya Hamba Allah seperti mereka dan tak lupa juga Family & guru yang sedia membantu. Saya berharap tahun baru ini akan ada kenangan manis yang di lalui dan kenangan pahit diharungi dengan tenang. Insyallah.


Wallahu wa'lam..


Sabtu, 28 Disember 2013

Mata Lalat & Mata Lebah. Yang mana?

Pejam celik, pejam celik dah nak habis 2013 dan datangnya tahun 2014. Hari ini hari sabtu terakhir bagi 2013. Adakah kita akan berjumpa lagi pada sabtu 2014. Wallahualam. Saya nak minta maaf, baru hari ini terdetik hati nak update blog yang dah usang berbulan-bulan lamanya. Dengan pelbagai ujian dan dugaan yang melibatkan hati dan perasaan, menyinggung hati orang dan sebagainya. Ini semua hanya ujian dan ada hikmah disebalik semua ini. Alhamdulillah saya dapat atasi ujian ini dengan membuat keputusan yang tepat dan terbaik  buat saya.

- Hari saya nak bagi perbezaan antara mata lalat & mata lebah. Kalau dah tahu haiwannya mesti kita dah dapat anggap macam mana dengan sifat haiwan tersebut kan?

“Janganlah jadi seperti lalat yang hanya nampak benda-benda busuk dan kotor sahaja, tapi jadilah seperti lebah yang selalu nampak benda-benda cantik dan wangi.” 
– Ustaz Kazim Elias-


Lalat merayau-rayau mencari sesuatu untuk santapan harian, tidak kira apa yang terdedah di situlah lalat datang bertandang. Contohnya, Najis, makanan basi, mahupun ikan busuk semuanya lalat hinggap. Apa yang penting dapat makanan.

Lebah merayau-rayau di sebalik pepohonan mencari bunga-bunga segar yang kembang segar di waktu pagi.
“Cantik sungguh bunga matahari, bunga ros dan macam-macam bunga lagi yang dihinggapnya. Ah, mencari madu rupanya.”
Sudahlah hinggap di tempat yang cantik, dapat manisan pula. Indahnya kehidupan si lebah.
Pernahkah kita fikir kenapa Allah ciptakan kedua-dua makhluk ini?
Keduanya mempunyai ciri-ciri tersendiri yang boleh dianggap unik. Jika mata kita diumpamakan seperti mata lalat dan mata lebah, maka yang mana satu jadi pilihan sahabat sekalian?
Pastinya lebah, bukan?
Seperti jugak macam manusia...
Orang yang tidak baik dan berhati busuk, matanya samalah seperti mata lalat. Sentiasa mencari benda-benda yang buruk, negatif dan tidak sedap dipandang mata. Ada saja yang tak kena pada pandangannya.
Manakala orang yang baik dan optimis, pastinya umpama lebah. Sentiasa mencari kebaikan dalam hidupnya. Walaupun sesuatu perkara tidak baik yang jelas pada pandangan matanya namun pastinya ia akan tetap jadi baik dengan sifat khusnuzon yang ada padanya. Pendek kata semua perkara nampak baik dan indah.
Mari jadikan mata zahir dan mata hati kita seperti lebah yang melihat semua benda yang baik-baik sahaja. Semua akan nampak baik jika kita khusnuzon (bersangka baik). Setiap kejadian yang baik mahu pun buruk ada sebabnya yang tersendiri.

This is the Right Choice !

Jumaat, 4 Oktober 2013

Sahabat Dunia Akhirat :')

Salam. Dah lama kan tak update blog ini? Blog ini dah berhabuk berbulan-bulan. Pada hari yang mulia ini saya nak share sedikit dengan korang semua tentang Sahabat. Mesti semua orang ada sahabat kan? Tak kira lelaki atau Perempuan....
Memiliki sahabat sejati merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kerana sahabat boleh mewarnai dan mempengaruhi kehidupan kita, baik dari sudut kebendaan, kecenderungan mahupun tingkah laku. Sama ada kita akan terikut-ikut dengan kecenderungannya, ataupun sebaliknya, dia akan terpengaruh dengan kita.
Secara umumnya, kita melihat orang yang baik akan bersahabat dengan orang yang baik dan begitu juga sebaliknya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Perumpamaan orang yang bersaudara adalah seperti dua tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.” (Riwayat al-Dailamai)
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :
“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi, sama ada ia memberi anda sebahagian ataupun anda membeli bau-bauan daripadanya, ataupun sekurang-kurangnya anda mendapat juga bau daripadanya. Manakala tukang besi pula sama ada ia menyebabkan baju anda terbakar, ataupun anda mendapat bau yang kurang enak.” (Riwayat Abu Daud)
Oleh sebab itu, kita harus berhati-hati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan, teman ataupun sahabat. Sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk kita ikuti dan contohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan di dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak.

Sifat Sahabat yang Mulia
1. Memiliki akhlak dan budi pekerti yang baik.
  • Seseorang yang disenangi, mempunyai akal yang baik, berbudi pekerti dan mematuhi perintah Allah. Sering juga mengajak kita melakukan kebaikan untuk diri dan masyarakat. Berbicara dengan penuh kelembutan dan kesopanan.

2. Menutup keburukan dan kekurangan sahabat, baik semasa sahabat ada ataupun tiada.
  • Tidak menderitakan keaiban orang lain kepada sahabatnya dan jika dia melihat sesuatu yang tidak baik tentang diri kita, dia akan menjaga aib tersebut.

Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :“Sesiapa menutup keburukan saudaranya, maka Allah akan menutup keburukannya di akhirat.” (Riwayat Ibn Majah)
3. Memperbesarkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabatnya.
  • Sering menanyakan tentang kesusahan yang kita hadapi kerana ingin berkongsi kesusahan, kesedihan dan kesenangan bersama. Menjadi penghibur waktu kita sedih dan pelindung jika kita memerlukan. Sanggup mengorbankan masa, harta dan tenaga untuk memenuhi hajat sahabatnya.

4. Menyebut kebaikan.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebaikan daripada kita, dia akan menghargai dan menyebut-nyebut kebaikan itu. Tidak pula dia berkecil hati jika kita tidak mampu membantunya.

 5. Mudah mengalah.
  • Jika berlaku salah faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga hubungan. Mengorbankan perasaan sendiri demi menjaga hati sahabatnya.

6. Mendorong kita mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
  • Saling nasihat-menasihati berkenaan hal-hal dunia dan akhirat.

Bersedia untuk menerima nasihat dan menasihati.

Berhati-hatilah memilih sahabat kerana ia menjadi cermin keperibadian kita. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari reda-Nya.Hayatilah Firman Allah ini :
“Pada hari itu (hari akhirat), sahabat-sahabat karib; sebahagian mereka akan menjadi musuh kepada sebahagiaan yang lain, kecuali orang yang bertaqwa.” (Surah al-Zukhruf : 67)

Wassalam... 

Sabtu, 24 Ogos 2013

Mood : Hari Raya

Salam. Masih belum terlambat kan untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR & BATIN kepada para Blogger's dan yang saya kenali. Saya betul-betul mintak maaf tak dapat nak update blog ini dalam bulan Ramadhan mahupun nak sharing pasal Raya di bulan syawal. Walaubagaimanapun syawal belum lagi habis jadi saya nak share Sambutan Hari Raya di sekolah yang berlangsung pada hari ini. 


Sambutan hari raya dekat sekolah tahun ni sedikit meriah sejak kedatangan Pengetua baru. Walaupun banyak perubahan yang berlaku kat sekolah saya masih terima dan saya bersyukur kerana ada pengetua yang "Taking care of our school even our disiplicine is strict but i'm regretful..." Sambutan untuk tahun ala-ala "picnic" sebab tidak ada meja atau kerusi disediakan kecuali khas untuk letak makanan sahaja. Pelajar dibenarkan duduk di atas tikar yang disediakan. Best gitu. Alhamdulillah walau ramai yang protes tetapi tetap jugak berjalan seperti biasa... Ini ada sedikit gambar untuk di share-kan.


Me & only Senget friend's Diyana


Teacher Maharaja Lawak


Cikgu yang ayu & sopan



They are my Beautiful Friends


Nadirah the only make me laugh


Hazlequeen yang kuat Shopping Online



Tengok diorang. Hehe~!


 
Comel tak kak ton??

Yati & farhan. They look like "Bagai pinang di belah 10"

Anak siapalah yang ayu nie?? Hehe


My crazy adik. i called him "Adik Himawari". Because our characteristics like Shin chan & Himawari


Me & Junior Nana. She very like Exo (kpopers)


Me & Junior Balqis. She was very kind & cute (tembam)


Sampai di sini sahajalah yang dapat saya sharing cerita. Ada jodoh kita jumpa pulak. Hehe~! Assalamualaikum....

Sabtu, 17 Ogos 2013

Segmen Blogwalking Raya by Emas Putih


Untuk join tekan banner di atas~! 

Khamis, 1 Ogos 2013

Segmen Saya nak menang Button Badge

Tekan banner untuk join!



STEP 1 >>> DESIGN PILIHAN
RM008



STEP 2 >>> PERKATAAN UNTUK DITULIS ATAS BUTTON
ezati sofea



Jumaat, 26 Julai 2013

" Giveaway Echa Ell ".


Salam JOM join~!
*tekan gambar di atas

Tempoh giveaway bermula 22/7/2013 -31/8/2013 (8pm).

Ahad, 14 Julai 2013

GIVEAWAY RAYA + PUASE BY FARAH


Salam. Jom ramai-ramai join Giveaway~!
Nak tahu??
*tekan banner di atas.

Sabtu, 13 Julai 2013

#Tips Gembira sepanjang hari.


Salam semua yang puasa & yang tak puasa tu salam jugaklah. Dah berhabuk blog ini. Sedihnya encik blog~ Mintak maaf sangat2 sebab dah lama mem"busy"kan diri senhingga lupa blog ini. STOP!

Mengikut entry POST dekat atas saya terdetik hati nak share dengan korang semua untuk sentiasa gembira. Ini kerana ramai Junior mahupun rakan-rakan saya sendiri tegur "awak nie senyum sokmo!" atau "kak nie gembira sokmo". Itulah ayat yang saya dengar dari semua. Dengan itu, saya nak share lah sedikit rahsia kegembiaraan saya. Hehe.

Dengan Lafaz Bismillah....

Setiap pagi apabila korang bangun perkara yang perlu korang buat ialah:

  1. Bersyukur

  • Bersyukur kerana kita masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana kita masih diberi kesempatan untuki melakukan dan menjadi yang terbaik & pastinya lebih baik daripada yang semalam.

 2. Tekad Bermotivasi
  • Ucapkan dalam hati dan kepada diri kita yang kita mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menimbulkan perkara negatif dalam minda & menghalang kita dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Mulakan dengan Bismillah.
  • sebelum kita nak pergi sekolah atau kerja haruslah kita mulakan dengan bismillah kerana bismillah dapat menjauhkan ita daripada perasaan was-was atau godaan syaitan. Di bulan puasa pula digalakkan walaupun syaitan tidak ada tapi nafsu kita ada dan perlu di "control".
4. Mulakan hari dengan mengubah sikap & tetapkan matlamat yang 
hendak dicapai.
  • Bagi pelajar kita hendaklah mengubah sikap kita. Contohnya semalam kita melawan guru, hari ini kita ubah sikap 'TAK NAK" melawan guru. Itu juga boleh dijadikan sebagai sebahagian matlamat kita yang hendak dicapai.

5. Saling memaafkan.
  • Saling meminta maaf bukan sahaja pada hari raya tetapi perlu digalakkan lakukan seminggu sekali atau anytime kita boleh buat. Bila dah saling memaafkan hati pun jadi tenang. Boleh fokus pelajaran... Betul tak?

Akhir kata saya nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang baca blog ini. Ini first rahsia saya kenapa saya selalu senyum. Hehe. Bak kata orang kelate "senyum sokmo". Assalamualaikum~
 

Selasa, 28 Mei 2013

ketika anda sedang marah~

Salam 1 Malaysia. Alhamdulillah akhirnya cuti jugak walaupun hanya 2 minggu. Boleh lah nak kemaskan blog ini. Sejak akhir-akhir ini saya sering rasa marah. Entahlah kenapa. Memang emosional macam ini. Maybe tekanan banyak sangat. Haritu masa kem entah tiba-tiba malam tu rasa marah sangat-sangat. Saya luahkan perasaan marah ini kepada seseorang hamba Allah. Saya tak tahu punca kenapa dan akhirnya saya menangis dan Alhamdulillah rasa lega. Mungkin ada sesuatu yang bermain di fikiran yang menyebabkan kita berfikiran negatif. Saya ada beberapa tips untuk kita tenang semasa marah. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Marah adalah emosi manusia yang normal dan sihat tapi apabila tidak dapat dikawal, emosi ini akan membawa masalah di tempat kerja dalam hubungan peribadi mahupun keseluruhan kualiti hidup anda. Kemarahan yang tidak terkawal akan menjadi punca pergaduhan dan penceraian sehingga menyebabkan tekanan yang serius dalam hidup seseorang.
Rasa marah ini disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran. Biasanya ketika marah, tekanan darah dan kadar denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormon tenaga adrenalin dan noradrenalin juga turut akan meningkat. Oleh hal yang demikian jika anda ingin hidup gembira dan sihat, kawal kemarahan anda dengan sebaiknya. Ambil masa dan kawal diri dengan sebaik mungkin. Terdapat pelbagai cara bagi menangani marah, antaranya adalah seperti berikut:
1. BERTENANG
Tarik nafas dalam dalam dan kosongkan fikiran. Ini mungkin dapat membantu menenangkan diri anda. Ambil nafas dalam-dalam jangan bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan anda, bayangkan nafas anda seolah-olah keluar dari perut. Secara perlahan-lahan ulangi perkataan 'bertenang' dan 'jangan susah hati', ulanginya berkali-kali sehingga anda rasa tenang. Gunakan daya imiginasi anda gambarkan suasana tenang dan menyenangkan sambil menutup mata. Sambil itu tarik nafas dalam-dalam.
2. SUSUN SEMULA PEMIKIRAN
Selalunya bagi seseorang yang tengah marah selalunya mengeluarkan kata-kata yang tidak elok dan cacian bagi mengelakkan ini berlaku kita perlu guna teknik mengubah cara pemikiran. Jadi setiap kali marah, tukarkan perkara-perkara berikut kepada yang lebih rasional seperti katakan pada diri anda "ia sungguh mengecewakan", "ia memang teruk", atau "saya faham sekarang saya tengah sedih tapi bukan bermakna selamanya saya akan gagal". Kata-kata itu akan menguatkan semangat anda dan menghilangkan rasa marah anda.
3. SELESAIKAN MASALAH
Kadangkala kemarahan itu timbul apabila ada beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan. Oleh itu selesaikan masalah anda dengan merangkakan perancangan anda, jangan lupa semak perkembangannya, selesaikan masalah dengan cara yang paling berhemah dan jangan salahkan diri jika tidak dapat ia tidak dapat memenuhi perancangan anda.
4. KOMUNIKASI YANG BAIK
Selalunya orang yang tengah marah akan cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu secar tidak tepat. Jika menghadapi perbincangan hangat yang mencetuskan kemarahan, anda patut bertenang dan jangan buat keputusan ketika marah dan berfikirlah dahulu sebelum melakukan apa-apa. Jadilah pendengar yang baik pada perkara-perkara yang menyebabkan kemarahan.
5. BERTUKAR ANGIN
Kadangkala suasana sekeliling akan menyebabkan kita rasa tertekan. Masalah dan tanggungjawab yang banyak akan membebankan dan ini membuatkan kita cepat marah. Oleh itu anda mestilah luangkan masa untuk diri sendiri pergilah melancong untuk memperbaharui mood.
6. MARAHLAH SECARA SIHAT
Kemarahan adalah emosi normal manusia dan emosi ini juga penting untuk kita mempertahankan diri, marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan tapi jangan memendamkan masalah itu luahkanlah agar tidak memberi kesan pada diri sendiri. Luahkan perasaan anda pada individu yang paling anda percayai contohnya seperti kaunselor.
7. BAYANGKAN SESUATU YANG SERONOK
Ketika marah, pejamkan mata dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian bersama insan tersayang. Jika keadaan tidak mengizinkan, biarkan fikiran anda melayang jauh ke tempat yang membuatkan anda seronok. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda.
8. GUNAKAN TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL
Tumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokuskan pada cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat amat nyaman dan menenangkan perasaan.
9. MENGUCAPKAN TA'AWUZ
Iaitu membaca : "A'uzu billahi minassyaithanirrajim."
Sesungguhnya marah itu daripada syaitan (jalan masuk hasutan syaitan kepada diri manusia). Maka berlindunglah dengan Allah dari kejahatannya.
10. LAKUKAN SESUATU UNTUK MENGAWAL MARAH
Hendaklah duduk jika sedang berdiri, berbaringlah jika dia sedang duduk. jika tidak hilang juga kemarahan dengan melakukan dua perkara tersebut maka hendaklah mengambil wudhuk (air sembahyang). Sabda Rasul s.a.w. : 
"Sesungguhnya syaitan itu daripada api (an-nar) dan sesungguhnya dipadamkan api itu dengan air, maka apabila seseorg kamu marah, maka ambillah wudhuk (air sembahyang)." (Hadis Riwayat Abu Daud.)
"Sesiapa yang menahan marah, walaupun dirinya berkuasa melaksanakan apa yang tercetus hati untuk melaksanakannya; nescaya Allah akan memenuhkan hatinya pada hari qiamat dengan keamanan dan keimanan." (Hadis Riwayat Abu Daud)
Saya berharap dengan apa yang saya kongsikan dapat digunakan sedikit sebanyak.

Satu lagi. Maybe takde kaitan dengan entry kali ini tapi saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana follower's saya dah mencecah 900 (*lebih sikit). Dan atas jasa itu saya nak review blog yang bertuah iaitu follower yang ke- 900. *peace!


Jom kita serbu pula blog dia. Hehe!


Tengok blog ini comey sangat-sangat macam tuan dia. Hehe.
dah berumur 25 tahun (*cepat-cepatlah kahwin) kih3!





Jumaat, 17 Mei 2013

Salam Jumaat !


Salam Blogger! saya nak mintak maaf sangat-sangat sebab dah lama tak update blog ini. *ikhlas. Dah nk dekat sebulan rasanya. *sapu habuk skit. Banyak dugaan & cabaran yang perlu dilalui sebagai seorang Muslimah. Ini semua dugaan Allah. Kita hanya mampu tawakkal & redha. STOP!

Kenapa ini? Haha. Kebetulan hari ini free sikit. *curi masa sebentar. Saya cuma nak pendapat korang semua ok ke kalau nikah muda? Mungkin ayat tu nampak saya gedik, gatal nk kahwin. Maksud saya bukan macam tu. Saya cuma "interesting" pasal nikah muda ni. Ada Blogger lain seperti Dena Bahrin, Irine Nadia Marcello & ramai lagi yang nikah muda. Bila saya cakap pasal nikah kawan-kawan saya mesti *menjerit . Mereka tak boleh dengar bab-bab nikah mesti diorang akan terkejut & macam mana ek nak nk bagitahu. Dalam hati mereka *hati memuncak. Susah bebenor eh nk bagitahu. Harap korang faham. Hehehe !


One more thing. Kalau nikah muda mesti ada bab "Bercinta Selepas Nikah" kan? Saya percaya kalau becinta selepas nikah mesti bahagia & direstui keluarga. Maybe ada sesetengah cakap 'Tak kenal, maka tak cinta'. Kita kena kenal dulu dengan orang tu, bercinta , then baru kita akan kahwin dengan dia. Ini semua takdir Allah. Hanya kita yang mampu merancang... 

P/s : minggu depan saya tak dapat update blog nie sebab exam is round corner. Doakan semoga permudahkan saya untuk menjawab soalan peperiksaan ini. Amin...~




Sabtu, 13 April 2013

Segmen Blogwalking 24 Jam by Emas Putih


Tekan Link dekat gambar di atas*
Jom sama-sama menjoinkan diri dalam segmen ini!
Jika dapat rezeki Alhamdulillah... *wink. wink.wink.

Jumaat, 12 April 2013

Salam Jumaat. #Throwback.



Salam, seperti mana korang tgk gambar dekat atas memang mengejutkan saya dan kawan- kawan. Ini dah memang takdir Allah. Dia seorang yang baik dan tak pernah merungut apa-apa. kalau diceritakan balik kenangan memang banyak. Saya start beerkenalan dengan dia dari Form 2. Masa tu dia seorang yang pendiam dan senyum saja. Then kami terpisah form 3 dan bertemu balik Form 4. Start dari form 4 kiteorang dah jadi teman sejati dan saya masih teringat balik yang kami berjanji akan "Friend's till jannah". Ini lah perkataan yang sentiasa terngiang dia telinga saya. Memang banyak kenangan. Arwah start sakit masa Form 5, walaupun sakit tetapi dia tetap tabah dan kuat. Arwah sentiasa senyum walaupun sakit. Masa pergi melawat Arwah saya tak dapat menahan air mata, arwah memegang tangan saya buat kali terakhir. Dan selepas itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Memang itu kenangan terakhir saya bersama Arwah. Semoga Arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Dunia kita tak lagi sama...
Kau telah berada di tempat yang jauh dan penuh cahaya suci...
Dan aku terkujur dalam sepi dan menanti untuk bertemu diri'mu
Namun ntah kapan kita bisa ketemu kembali
Dan bersama lagi seperti sedia kala

Aku sangat merindukan diri'mu
Senyum'mu dan canda tawa'mu
Yang selalu menghiasi hari-hari'ku dengan ceria...

Namun...
Tuhan berkehandak lain
Kita berpisah untuk selama-lamanya
Hanya sebongkah nisan yang tertulis nama'mu
Dan hati'ku berkecamuk tak menentu...

Dalam ruangan kosong dan hampa
Aku terduduk di bangku yang kau duduki itu
Hati'ku menahan isak dan tangis
Dan berderai air mata yang terjatuh bergelimpangan

Oh...Sahabat'ku
Apakah kau rindu kepada'ku
Seperti aku yang merindukan'mu disini
Kau selalu menghiasi hari-hari'ku dengan indah
Kau membuat'ku menjadi bahagia seperti dulu
Namun mengapa kesedihan ini datang kepada'ku

Sahabat'ku...
Seperti apakah dunia'mu sekarang?
Apakah jauh lebih indah dari dunia'mu yang sebelumnya
Aku hanya selalu berdo'a kepada'mu
Agar kau selalu bahagia dan tenang disana
Dan Tuhan selalu menjaga'mu dengan baik...

P/s : saya memohon maaf sebab tak dapat nak update blog ini selalu kerana kesuntukan masa. Alhamdulillah masa itu telah berlalu dan insyallah saya akan update blog ini. Salam.



Isnin, 11 Mac 2013

Persahabatan ~> Friendship


Salam.. lama benar tak update blog nie... dikira-kira dah nak dekat 3 minggu tak update... Aduii...  Minta maaf sangat-sangat tak dapat nak update blog nie selalu... Saya memang busy sangat-sangat sampa tak sempat nak tengok perkembangan blog ini... 
Lupakan Hal itu, sekaran saya nak ceritakan pasal persahabatan atau dalam bahasa inggeris FRIENDSHIP (kalau tak percaya rujuk pada kamus)... Saya nak share persahabatan saya,walaupun ada sesetengah tak tahu bahawa dia lah yang saya sayang... 


Dalam hidup ini, 
Kita tak punya sesiapa,kecuali diri sendiri
Tetapi dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana
Mempunyai sahabat yang memahami kita
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang
sahabat,
Begitulah juga dirinya,
Tetapi kita sering lupa akan hal itu.


Cuma mengambil tahu tentang harapan dan perasaan kita,
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya,
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya,
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela
dirinya.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti,
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati,
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita,
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa tetapi kita sering
lupa..


Firstly nak perkenalkan diri dia... Namanya ain tasnim... Dia nie start saya kenal masa form 3,masa tu tuisyen math sekal dengan dia... selepas itu berpisah dan bertemu kembali di Pra-Universiti... Bagi saya dia penyelesai masalah, penghibur serta dah macam mak sebab suka membebel atau nasihat... jangan dimarah jika tuan punya gambar baca artikel ini...


Dia nie bernama Anis Amira... Start kenal dia masa form 2 then berpisah dan kembali bertaut di Pra-Universiti.. Bagi saya dia seorang yang pendiam tapi dalam diam-diam ubi berisi.. suka baca novel dan paling mengejutkan novel yang di baca dihabiskan dalam masa 1 hari sahaja... Anda percaya? Believe it or not?


Nur Diyana di beri nama.. Masa kenal dia tak silap masa form 2 then terpisah dan bertaut kembali menjadi seorang yang giler happening... Suka ber-webcam.. Pantang nampak kamera terus nak shot.. sekali tak puas hati selagi tu terus nak snap... (K)


Last but not least... hehe.. Pasangan bahagia kan? Insyallah jodoh berkekalan... Walaupun pengantin perempuan tak pernah jumpa tapi teringin sekali nak jumpa... ada jodoh kita jumpa... pengantin lelaki pula memang 2 x 5 = ?? , obses kepada kamera dan insyallah bakal ketua pemuda UMNO SMK Kubang kerian 2...

Sampai sini sahaja lah,insyallah ada umur yang panjang akan di sambung lagi dengan entry yang baru dan berlainan... Insyallah...

 
Copyright © . All Right Reserved by E-zati Sofea