Rabu, 30 Januari 2013

Semester 2 : Penyeksaan atau cabaran?

Salam.. Saya nak minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak update blog nie.. nak tahu kenapa? HAh! ini lah yang saya nak ceritakan kenapa saya dah lama tak update blog... Nampak tak tajuk dekat atas? Kalau tak nampak maknanya tanda-tanda lah tu... *bak kata cikgu saya,bukan saya.. jangan marah... 



Gambar nie tiada kena mengena dengan tajuk di atas saja nak letak sebab time ini tengah panas.. Hehehe...
Ok, let me start... kenapa semester 2 ini menyeksakan? sebab dalam tempoh semester 2 (dari bulan 1-6) terdapat 3 mini tesis (ayat tinggi sikit...) atau PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah) yang perlu di siapkan... Memang hampeh nak buat, nak fikir pasal mini tesis ini lagi then Exam semester 2 (20-23 Mei)... Kalau asyik buat mini tesis bila masa nak belajar? Nak study untuk exam lagi. Tiap-tiap hari tidur lewat dalam pukul 1-2 pagi.. memang rehat tak cukup lah.. Tapi kita sabar.. Jalan penyelesaiannya kena bahagi masa.. Nak bahagi masa... *Let me think first...
Semester 2 satu cabaran? Kenapa? sebab faham-faham lah mini tesis kena pergi temuramah,soal selidik.. itu satu cabaran yang berat apatah lagi kena layan karenah manusia atau orang-orang yang profesional (kata tua, marah pula).Nak pergi temuramah kena buat appointment dulu.. dah macam doktor pula kena buat temujanji.. Yang mana satu perlu kita katakan.. Penyeksaan atau cabaran?? One more thing , mulai sekarang saya dah tak dapat nak online facebook... Kenapa? sebab terdapat satu tragedi yang mengejutkan,membawa sejarah menyebabkan tak dapat nak online facebook.. Maaflah tak dapat nak ceritakan kejadian apa sebab dah janji dengan guru tak nak bagitahu kejadian ini dekat orang.. Kalau nak contact,just contact dalam twitter je lah.. online 24 hours... hahaha... sampai kat sini jelah.. saya update blog ini pun sebab nak siapkan proposal yang dah lama tertangguh.. ambil kesempatan sikit.. hehe... Wallahualam...

Isnin, 7 Januari 2013

Tersembunyi Cinta Pada Tabir Usaha♥


Salam.. rindunya pada blog nie.. Maaflah sebab tak dapat nak update blog selalu kerana sekarang sibuk dengan PBS (pentaksiran berasaskan sekolah)+ kena buat mini tesis (4 subjek).. Kalau diikutkan hati memang lelah + semput.. Tambahan lagi bulan 7 ada Exam MUET... ok! Fine! Hari ni sebelum nak masuk tidur nak share korang entry pasal cinta... CINTA? Asyik2 CINTA.. Dah takde benda lain ke... Memang takde pun... hehehe... Selamat Menghayatinya~

Berjalanlah dan usah sesekali berhenti kerana anggapan manusia itu tidak mampu mengubah cinta Allah kepada kita. Dan sesungguhnya hal tepatnya jodoh itu adalah kerana keindahan waktu dan sedianya kita.
"Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan." -Junaid Al-Baghdadi
Hujan itu menderas turunnya. Membasuh hati yang hampa. Mengisilah hati yang penuh berharap. Sujudnya tanpa ingkar. Derainya tak mahu dihenti. Semahunya, mungkin biar ia tamat di sejadah cinta seorang hamba. Rasa kecilnya, tak mampu untuk dihuraikan. Rasa kasihnya tak mampu dijelmakan oleh perilaku terindah. Hamba itu mengisi pilu dalam senyumnya. Pada malam yang terindah, harapnya terukir secebis taqwa.
Taqwa itu yang sering dipinta dalam hari-hari cinta. Lebam matanya sentiasa dikaburkan oleh senyum dan gelak persisi sufi di zaman Nursi dan Rumi. Biar kalian tidak mampu menjiwai. Hamba itu sentiasa menanti malam. Yang Tuhan telah janjikan. Berjalannya dalam hidup yang sentiasa dinikmati. Hanya pinta cinta dari Tuhannya.
Kerana sang kumbang itu, waham benar perihal cinta itu bersifat mua'llaq. Semoga potensi kan sentiasa berkembang. Semoga nawaitu sentiasakan bercahaya. Menanti yang tertulis. Tepatnya kerana kebersediaannya menjadikan hadirnya sebagai tulisan terindah.
Tuhan itu menjaga apa yang kita berusaha untuk menjaganya. Dan Dia temukan dengan mereka yang sentiasa yakin dan bersangka baik dengannya. Tentunya yang terpelihara itu terindah. Tentunya juga yang biasa itu terindah. Mungkin lebih terindah saat taubatnya memekar, tika setiap saatnya bernyawa. Tuhan yang menerima keindahan jiwa yang ingin memperbaiki diri. Tuhan yang sentiasa senyum pada kalimah cinta yang melebihkan-Nya berbanding dunia semata.

Agungnya cinta yang bernawaitukan Penguasa Cinta. Pemilik haqiqi manusia yang ingin dilamunkan cinta. Kerna waham yang jelas bisa merungkaikan kefasikan cinta. Bahwa cinta itu kan melenyap bersama lenyapnya sebab untuk bercinta. Qayyim yang bijaksana telah berkata. Dan itulah realiti cinta.
Berusahalah selagi termampu. Dan lupuskanlah segala cerita yang singgah dalam hidupmu. Kerna cinta kurniaan Allah itu menyentuhnya lebih terasa. Andai kenangan itu mekar hanya sebagai duri yang berada dalam jalanmu menuju ke Sana. Yang menjaga itu sungguh kuat. Yang menjaga itu seorang mukmin. Bukan lagi seorang muslim. Yang tenggelam timbulnya akhirnya bersifat sama terhadap ikhtilat sekeliling yang menyapa.
Dan malam itu larut dengan penuh damai. Maka nokhtah terukir. Tanda cinta agung memeluk erat jiwa hamba. Yang setia menanti cinta yang terpelihara. Sulitnya menjaga. Enaknya memendam air mata.
"Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari 'cintaKu' (padanya)." - Israiliyat, Allah kepada Isa a.s


Khamis, 3 Januari 2013

Azam budak sekolah?


Salam.. Wow dah 2013 lah.. belum terlambat lagi saya nak ucapkan "SELAMAT TAHUN BARU!" Tahun baru ni mesti korang ada azam baru kan? Same as me to! Nak tahu tak apa azam saya? Jeling dulu kat entry tu.. BUDAK SEKOLAH? Saya masih lagi budak sekolah... hehe.. Azam saya mesti berkaitan dengan sekolah kan.. Jom tengok apa azam saya untuk tahun ini..


 Firstly, semestinya saya,korang & kite semua nak "study hard" kan? Tapi "study hard" korang ntuk apa? Masing-masing ada jawapan sendiri.. bagi saya, nak "study hard" kerana saya nak mencapai impian ibubapa saya,guru-guru dan juga diri saya untuk masuk ke UNIVERSITI.. itu hajat besar saya.. Insyallah jika kita berusaha pasti berjaya!

 Saya nak berjimat-cermat.. sebab apa? hehe... Korang jangan terkejut pula.. sebab saya berangan nak beli iphone4.. so, untuk tunaikan impian berangan saya tu, saya nak jimat-cermat,diet & kumpul duit... hehe

 Azam ini yang paling penting, saya nak jadi muslimah sejati... *cehh.. haha! saya nak mendalami ilmu agama dengan lebih banyak... saya tahu , saya kekurangan ilmu agama yang ada pada diri saya sekarang jadi saya akan cuba sedikit demi sedikit mengkaji ilmu agama.. bukan nak jadi tok bomoh tau! 

Sampai setakat ini saya dapat share untuk entry kali ini... Insyallah nanti saya ada masa free, saya akan update blog ini lagi & terjah blog korang..
Tunggu Tau! 


*Gambar kenangan masa 2012.. cuba teka mana saya? hehe.. senang je.. yang pakai baju biru...

 
Copyright © . All Right Reserved by E-zati Sofea