Khamis, 29 Mac 2012

Buat kotak formspring...

salam kembali.... Hehehe... Nie ada plak hamba Allah yang hantar request nie... Nie cepat-cepat nak buat...


Jom Mula kan Tuto!

* Firstly korang pergi dekat formspring
* Klik "account settings"
* Then, tekan "goodies" lepastu tekan "Formspring widget"....
Dia akan keluar macam gambar nie...


* Lepastu korang edit apa yang patut,tukar warna and anything...
* Macam biasa lepastu pergi dashboard-design-page elements- Add widgets (HTML javascripts)

Done! Dia akan jadi macam nie...

Kalau tak jadi bagitahu tau! Kalau jadi bagitahu jugak ok! ^_^

buat kotak Twitter...

salam,, maaflah sedikit keterlewatan nak buat tuto... sebenarnya saya ada menerima request dari hamba Allah yang tidak dikenali... Saya baru je tadi buka formspring.... Nie requestnye...




Maaflah Hamba Allah nie hantar 2 minggu lalu,, saya baru bukak sekarang... Hehehe.. Ok Jom mulakan Tuto!



* Log ke Twitter
* Korang klik "resource" yang dekat dalam gmbr nie...




* Then dia akan keluar macam nie....



* Klik widget lepastu klik my website...



* Klik profile widget,,lepastu korang pilih warna yang korang nak adjust Height and width...
* Lastly korang tekan "Finish and grab code"
* Macam biasa ambik code tu Pergi dashboard - design - page elements - Add widget (HTML Javascripts)


Done!  Jadi macam nie!

Kalau tak boleh bagitahu tau! Kalau boleh pun bagitahu jugak! ^_^

Selasa, 27 Mac 2012

syukran,Alhamdulillah...



Salam, maaflah dah lama tak mengupdate blog selepas dapat tahu result SPM... ALhamdulillah dapat result yang baik walaupun tak jadi best student saya dah cukup bersyukur... saya sedar saya tak sepandai yang lain walaupun saya dah berusaha bersungguh-sungguh... Memang tak jangka perdagangan boleh A,,huh masa trial just c+ alhamdulillah melambung naik macam "mael lambung"...Hahaha... Masa tu berpeluk dengan cikgu perdagangan sampai tak nak lepas dari pelukan...hehehe,,terharu sangat2... Dah tukar topik plak... Sekarang nie bilik saya bersepah dengan surat tawaran + hari sabtu nie ada temuduga untuk jadi jururawat... Argghh! Saya tak nak jadi jururawat... Walaupun dibiayai oleh kerajaan,saya tak nak.. Tapi saya kena datang juga temuduga itu hari sabtu nie.... minggu depan plak ada test JPJ...oh! Dup,dap,dup.. Jantungku berkencang.... Ya Allah bantulah hamba mu nie,,tenangkanlah hatiku ini....

Isnin, 19 Mac 2012

lelaki itu memamg!

*cute kwang soo oppa!

Maaf ye,, gambar di atas tak de kena mengena dengan entry nie... Saje je sibuk sebab cute sangat... Hahahaha! Kenapa saya buat entry nie? Nak tahu kenapa? Sebenarnya saya baru terima berita yang menggemparkan,, kakak angkat saya break couple.... Tak lah gempar sangat tapi sedih lah sebab saya tengok diorang memang cocok sangat-sangat tapi tak sangka  kak saya kena tipu sebulan... Kalau sehari or seminggu boleh lah juga terima tapi inikan sebulan kalau saya dah lama serang uh! Nasib baik saya tak de boy.. Hahaha... i want to be a single and enjoy! Tapi paling mengejutkan lelaki itu betul-betul berubah,, from skolah agama but Liar! Sekarang dah pandai buat macam-macam,, kata dari sumber berpegang tangan sanggup date kat umah GF sampai larut malam... Astagfirullah! Ini ke sekolah agama? Buat malu betul! Kalau sampai dah berpegang tangan kahwin je terus.... Berdasarkan novel dalam mihrab cinta "senjata bagi melemahkan lelaki adlah perempuan kalau sudah jatuh cinta susah hendak di lepaskan dan boleh menghancurkan lelaki" Am i right?
Ok lah ini pesanan adik untuk akak,, Lupakan lah dia walaupun suara lembut tapi perangai inalillah baik tak payah... Dia bukan jodoh akak... Kalau jodoh mungkin suatau hari nanti akak akan jumpa someone yang lebih baik dari itu, yang boleh membimbing akak masuk syurga... Insyallah... Ok lah 2 hari je lagi tinggal untuk Result SPM 2011... Doakan ye! ^_^

Ahad, 18 Mac 2012

sick of the result

*takde kena mena ngan entry nie


salam sume! Sori lambat update... Anyway sekarang nie rasa takut + sick disebabkan result SPM 2011 akan keluar pada 21 Mac (rabu nie)... Mesti korang takut kan? saya pun takut juga... Takboleh tidur malam.. Asyik menangis dan berdoa je yang mampu saya buat... Saya dah buat yang terbaik? Korang mesti bersungguh-sungguh Berjuang SPM kan? Dengan perjuangan itulah korang akan dapat apa keputusannya.... Saya nak mencapai impian saya nak sambung belajar dekat UIA ambik course Laws... Saya sangat sukakan Lawyer... Kalau korang dah berjaya korang nak sambung belajar kat mana? Mesti course yang tinggi-tinggi kan? Sembahyang lah hajat banyak-banyak semoga tuhan bagi rezeki kat kita semua...Ok lah saya tak de mood nak taip panjang-panjang... Akhir kata Good Luck all's! Dapat keputusan yang terbaik dan jangan menyesal!



Selasa, 13 Mac 2012

cara nak letak background di blog

Salam,, hari nie nak buat tuto cara nak letakkan Background di blog korang....


Firstly korang pergi dekat Design -- Edit HTML


Korang cari kod nie ok!Tekan CTRL + F untuk cari kod nie....


body {


Then pastekan kod nie di bawah kod tadi


background-image:url(URL BACKGROUND);
}repeat;





Dah siap,, senangkan! 
Kod warna merah : TUkar dengan URL BACKGROUND korang sendiri atau ambik dekat sini!

give some background !

salam,, hari nie boring tak tahu nak buat apa.... So saya terfikir nak bagi sedikit background untuk korang... setelah saya search and found... Maybe ada cute background yang saya nak bagi kat korang....


Background macam saya



http://i.imgur.com/mbgX8.gif
 Background yang cute

http://i.imgur.com/GbG2E.gif

http://i.imgur.com/9OJGX.gif



http://i.imgur.com/I9qPj.gif

http://i.imgur.com/9Nctf.gif

http://i.imgur.com/Unlq8.gif

http://i.imgur.com/RbKCO.gif

Dah siap... Kalau korang ambik bagitahu tau! Peace!


Ahad, 11 Mac 2012

Bestfriend till jannah.... ♥

Tangan mencapai telefon bimbit di atas meja. Tangan dilarikan di skrin. Unlock.
new message.
Open. Mata dilarikan membaca isi kandungan pesanan tersebut. Nafas ditarik. Perlahan. Exit.
Air mata jatuh, setitis. Sepertinya hati juga sedang menangis.
Sahabatku, aku juga rindu kamu. Bahkan tersangat rindu. Andai sahaja kau tahu betapa aku rindu waktu kita dahulu. Andai sahaja kau tahu ada sahamnya kamu dalam setiap tadahan tanganku. Andai sahaja dapat aku memberitahumu.
Kau kata, kau malu. Malu dengan diriku waktu ini. Malu dengan penampilanku serupa ini. Malu dengan sifatku sekarang ini. Aku sudah berubah. Malah sudah jauh berubah. Sedangkan kau masih di tempat yang sama setelah sekian lama.
Sahabatku, aku pinta. Jangan malu denganku. Malulah kamu dengan Tuhanku. Kerana aku juga sepertimu. Seorang insan biasa, seorang hamba kepada Tuhannya. Aku ini tiada istimewanya. Aku hina. Banyak dosanya. Tidak terhitung jika mahu dikira setiap satunya.
Aku punya pilihan. Aku pilih jalan ini. Aku pasti. Tidak akan pernah berpatah kembali.
Tahu, kau juga punya pilihan. Pilihan untuk mengubah hidupmu. Kau juga boleh berubah. Seperti aku, seperti dia, seperti yang lainnya. Tiada apa yang mustahil. Cuma yang menentukan perubahan apa yang kau pilih. Jalan apa yang kau pilih untuk ikuti.
Kalau benar kau mahu berubah. Pasti akan ada pintu yang Tuhan buka untuk membantu. Pintu-pintu yang kau sendiri tidak sangka akan bertemu dari tempat yang tidak pernah kau tahu. Aku juga pasti, Tuhan akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersamamu. Dalam apa jua keadaan, mereka tetap akan teguh bersamamu. Menghulurkan tangan membantu, mengangkat apabila tersungkur, menyedarkan dari kealpaan indah dunia itu. Mereka yang akan bersamamu. Bersusah payah mempimpinmu untuk berubah.
Sahabat, andai sahaja kau tahu indahnya hidup ketika diri sujud menghadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu indahnya perasaan ketika ditemani dengan redha dan syukurmu terhadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu keindahan sebenar dunia apabila sentiasa ditemani bayangan mati.
Aku pasti.
Bahawa kau tidak akan berlengah lagi. Kau tidak akan berkata sekejap lagi. Kau tidak akan tunggu tibanya nanti.
Aku pasti.
Kau akan bersujud tika ini. Kau akan memohon ampun saat ini. Kau akan redha atas ketentuan hidup yang diberi. Kau tidak akan pernah berniat untuk kembali kepada kehidupan indah lampau yang hanya berdasarkan duniawi.
Itu, aku pasti. Malah tersangat pasti.
Andai sahaja dapat aku terangkan perasaanku ketika ini. Andai sahaja dapat aku berkongsi sedikit rasa hati. Andai sahaja dapat aku beri rasa indah ini. Pasti sudah aku beri. Pasti sudah aku kongsi.
Aku mahu kau rasa perasaan itu. Perasaan indah mencintai Ilahi. Perasaan indah yang langsung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan yang langsung tiada tolok bandingnya.
Andai sahaja dapat aku kongsi.
Sahabat, aku mahu kau tahu. Kau sentiasa ada dalam doaku. Aku mahu kau tahu. Yang aku sentiasa mendoakanmu untuk menemukan jalan terindah dalam hidupmu. Aku mahu kau tahu, aku mahu jadi temanmu. Selamanya. Hingga ke syurga.
Kamu janji, tunggu aku ya?

Are you afraid? I'm afraid....(part 2)



salam! Lama dah tak update bloh...uh! Busy skit... Ok hari nie kita sambung plak pasal binatang yang saya takut.... Yang kedua nie memang kalau tengok je binatang nie terus lari + geli + geram.... Nak tahu apa??? JEng..jeng...jeng.... Iaitu Spider@Labah - labah....Nak tahu kenapa?
Malam tu entah bile,, masa nak tidur ada labah-labah besar dekat betul-betul atas katil saya... Apalagi saya terus lari ambik "ridsect""membunuh nyamuk" sembur atas dia... pergh! Tak lari lagi.... saya ambik batang penyapu... lari berkeliaran lagi tapi sekitar atas katil saya juga... Nie dh naik angin + mengantuk.... saya pun terus juga sembur sampai dia mampuih! Dah satu bilik bau ridsect apa lagi membebel lah ayahku... Hahahaha! Biarkan...  Huh! Akhirnya labah-labah itu telah menemui jalnya jugak tapi atas katil saya jugalah nak ajal.... Apasal ngan katil saya? terpaksa lah saya kuburkan dia dalam tong samapah... Maafkan daku... Tapi malam tu tak boleh tidur teringat kat labah-labah tu... Hehehehe...




Oh! dasyat nye labah-labah nie... Muka macam manusia... Korang macam mana? takut tak dengan labah-labah?
OH sebelum nak akhiri citer nie ada request dari BFF @ bakal adik ipar (*pecah rahsia) dia nak gambar kangin... setelah saya cari-cari... ok dah jumpa... Mungkin ini sesuai...


Done!

Isnin, 5 Mac 2012

Nasi Goreng versi e-zati

Hola! Hari nie saya nak share Nasi Goreng yang telah saya buat tadi... Tanpa bantuan orang lain ok! Saya sorang-sorang kat rumah... so sad! 


Bahan-Bahan (untuk 1 orang makan)
Nasi putih (1 mangkuk kecil)
2 Nugget(selain nugget korang boleh letak apapun)
2 sudu planta
1 biji telur
garam
ajinomoto
serbuk lada hitam


Cara-cara
Letak 2 sudu planta dalam pan
masukkan 2 nugget dan goreng sampai masak
masukkan 1 mangkuk nasi dan gaul
ketepikan nasi dan masukkan telur, tunggu hingga telur itu masak sedikit.
Gaulkan telur dengan nasi sehingga sebati
Last sekali masukkan ajinomoto, garam dan serbuk lada hitam(sedikit ikut citarasa)
Siap untuk dihidang.


                                Dah siap kan... huhuhu,, rasanya pun enak juga!


Lebih enak lagi jika dihidang dengan air Tea Bean @ Teh ais,, oh lama tak minum air Tea BEan... Lamanya tak minum... Makan dulu!

Sabtu, 3 Mac 2012

Are you afraid? I'm afraid....(part 1)


HEllo! Korang tahu tak kenapa saya buat pasal entry nie?? Emm,, actually saya nak share citer pasal binatang yang saya takut..... Firstly binantang yang saya takut adalah LIPAN.Korang takut tak dengan lipan? Maybe ada yang takut or ada yang tak takut... Tapi bagi saya, saya memang takut + fobia + trauma.... Tahu tak kenapa? Meh nak cerita...


Masa tu saya tingkatan 2,, time tu saya tengah duk dalam tandas... Tengah syok-syok mandi tiba - tiba ada something sedang bergerak atas belakang saya... Mula - mula saya tak perasan tapi... saya rasa geli sangat... Saya pun sembur air atas belakang saya... Tengok - tengok lipan jatuh atas lantai... Apalagi menggeletar tubuh badan saya... Saya pun terus keluar dari tandas... Sampaikan saya tak masuk langsung dalam tandas tu, dalam seminggu... Eh, bukan tak mandi seminggu ye... Mandi dalam bilik lain... Hehehehe...  Kalau ditakdirkan masuk hospital time tu sah memang disebabkan LIPAN tu lah... Semalam pun,, tengah duk sidai kain tiba-tiba lipan keluar dari rak... Saya pun terus menjerit 1 rumah "LIPAN!!" ah! memalukan sungguh... Bukan besar pun lipan... kecik je.... HAhaha! KOrang pulak macam mana? Takut tak dengan Lipan?



Besarkan lipan nie?  Berani pulak orang putih nie pegang... Lipan nie jinak lah tu... korang plak macam mana?

 
Copyright © . All Right Reserved by E-zati Sofea