Jumaat, 26 Julai 2013

" Giveaway Echa Ell ".


Salam JOM join~!
*tekan gambar di atas

Tempoh giveaway bermula 22/7/2013 -31/8/2013 (8pm).

Ahad, 14 Julai 2013

GIVEAWAY RAYA + PUASE BY FARAH


Salam. Jom ramai-ramai join Giveaway~!
Nak tahu??
*tekan banner di atas.

Sabtu, 13 Julai 2013

#Tips Gembira sepanjang hari.


Salam semua yang puasa & yang tak puasa tu salam jugaklah. Dah berhabuk blog ini. Sedihnya encik blog~ Mintak maaf sangat2 sebab dah lama mem"busy"kan diri senhingga lupa blog ini. STOP!

Mengikut entry POST dekat atas saya terdetik hati nak share dengan korang semua untuk sentiasa gembira. Ini kerana ramai Junior mahupun rakan-rakan saya sendiri tegur "awak nie senyum sokmo!" atau "kak nie gembira sokmo". Itulah ayat yang saya dengar dari semua. Dengan itu, saya nak share lah sedikit rahsia kegembiaraan saya. Hehe.

Dengan Lafaz Bismillah....

Setiap pagi apabila korang bangun perkara yang perlu korang buat ialah:

  1. Bersyukur

  • Bersyukur kerana kita masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana kita masih diberi kesempatan untuki melakukan dan menjadi yang terbaik & pastinya lebih baik daripada yang semalam.

 2. Tekad Bermotivasi
  • Ucapkan dalam hati dan kepada diri kita yang kita mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menimbulkan perkara negatif dalam minda & menghalang kita dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Mulakan dengan Bismillah.
  • sebelum kita nak pergi sekolah atau kerja haruslah kita mulakan dengan bismillah kerana bismillah dapat menjauhkan ita daripada perasaan was-was atau godaan syaitan. Di bulan puasa pula digalakkan walaupun syaitan tidak ada tapi nafsu kita ada dan perlu di "control".
4. Mulakan hari dengan mengubah sikap & tetapkan matlamat yang 
hendak dicapai.
  • Bagi pelajar kita hendaklah mengubah sikap kita. Contohnya semalam kita melawan guru, hari ini kita ubah sikap 'TAK NAK" melawan guru. Itu juga boleh dijadikan sebagai sebahagian matlamat kita yang hendak dicapai.

5. Saling memaafkan.
  • Saling meminta maaf bukan sahaja pada hari raya tetapi perlu digalakkan lakukan seminggu sekali atau anytime kita boleh buat. Bila dah saling memaafkan hati pun jadi tenang. Boleh fokus pelajaran... Betul tak?

Akhir kata saya nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang baca blog ini. Ini first rahsia saya kenapa saya selalu senyum. Hehe. Bak kata orang kelate "senyum sokmo". Assalamualaikum~
 

 
Copyright © . All Right Reserved by E-zati Sofea