Sabtu, 30 Jun 2012

Happy birthday to me~! ^^

Salam... hari nie hari bermakna buat saya?? Nak tahu kenapa?? Hari 30 jun 2012 merupakan tarikh lahir saya... Dimana saya melahirkan di muka bumi Allah ini.... Thank's to kawan dalam Facebook kerana wish kat saya... Walaupun banyak yang wish saya sanggup membalas dengan hati terbuka... hari nie saya sekeluarga pergi celebrate dekat pizza hut... hehehe~! Nak tengok gambar... Jap yer nak upload~



Firstly,, sampai chicken soup dulu~


Adikku... belum sempat pizza datang dah ngap dulu yer~



Nyum... Nyum... Air revive + Coklat + Aiskrim


Carbonara Meatball Beef~


Finally,, pizza dah sampai pun... Selamat menjamu selera ~!


Sampai disini yang saya sempat share celebrate my birthday,,,, Sesiapa yang same birthday with me saya nak ucapkan Happy Birthday jugak tau~!!

Rabu, 27 Jun 2012

Hari sukan~!

Salam... Dah lama kan tak update blog?? Mesti korang rindu kan??? Hehehehe~ Perasan je lebih....~ Maaflah dah tak update lama sebab sekarang busy dengan tingkatan 6... Maklum lah tingkatan 6 sekarang dah tak boleh main-main dah~ Kena kerja keras.... Ok hari nie saya nak share korang pasal hari sukan... Hari nie dan kelmarin ada sukan... Saya tak sertai apa-apa pun... Tolong bagi semangat je.... hehehehe...
Nak tengok tak gambar?? kejap yer nak upload~


26\6\2012

nie gambar kelmarin... Dk tgh-tgh boring snap jap~ Hehehe...


27\6\2012



Semangat rumah sukan... Masuk jugak perbarisan... Biar pun tak menang~







With top guys~ Hehehehe~


Oppss! jangan salah faham... kiteorang cuma kawan je~
itu jelah yang dapat saya kongsikan untuk hari ini... Insyallah yang follow saya terima kasih banyak-banyak... Saya akan blogwalking balik blog korang ok!  



Sabtu, 16 Jun 2012

Life~


“There are only two ways to live your life. One is as though nothing is a miracle. The other is as though everything is a miracle.” 

Salam,, hari nie saya rasa macam dah tak berapa ada mood ler~ Ermm,, kenapa saya buat entry "life"?? Sebab dalam kehidupan nieh banyak cabaran yang kena tempuhi... Baru ku sedari yang saya harus jalani kehidupan yang penuh dengan konflik dan cabaran.... Dari mula dapat result SPM... Ok gembira,syukur... Tapi result UPU,, hampeh!~ Dapat politeknik premier ungku omar.... Saya nieh jenis tak suka pergi politeknik... Apatah lagi Form 6... Tapi lepas saya sembahyang istikharah baru ku tahu yang saya kena teruskan belajar di form 6 untuk terus berjaya... Apakan daya kemungkinan rezeki saya di form 6 lebih banyak berbanding lepas SPM... Ya Allah~ saya rasa terseksa sangat... Terpaksa berpisah dengan BFF saya... Tapi alhamdulillah dapat BFF baru... Tapi BFF yang lama punya takkan saya lupakan sampai "Jannah"... Saya sayang semua... Mungkin saya masih terasa saya dikongkong oleh keluarga tapi saya akan sentiasa sabar dan berdoa~ Inilah kehidupan yang saya jalani samapai hari ini... Saya harap korang memahami~

Khamis, 14 Jun 2012

3 Demensi Cinta

CINTA adalah perkataan indah yang mempunyai erti yang amat mendalam buat sepasang kekasih. Tetapi oleh kerana terlalu kerap disebut-sebut, ia menjadi koman. Akibatnya perkataan cinta mempunyai konotasi murahan. Cinta menjadi perkataan mainan di bibir kerana mudah dilafazkan dengan selamba.
Lafaz 'AKU CINTA PADAMU' atau 'I LOVE YOU' sudah tidak menjadikan si penyebut bergetar dadanya dan si pendengar terhenti jantungnya. Pendek kata ungkapan 'AKU CINTA PADAMU' sudah jadi sebutan plastik yang lahir di bibir semata-mata, bukannya menjelma dari hati. Kerana itu, ungkapan tersebut sudah tidak lagi mudah dipercayai kerana persepsi terhadap nilainya kian murah. Mengapa, ya?
Memanglah begini jadinya kerana ramai yang belum mengenal peringkat cinta yang pada pendapat saya sebenarnya ada tiga, mengikut tiga dimensi manusia iaitu fizikalnya, mentalnya dan spiritualnya. Cinta di peringkat pertama ialah cinta fizikal, peringkat kedua, cinta emosional dan peringkat ketiga, cinta spiritual.
Lazimnya, sepasang kekasih hanya mengalami dua dimensi cinta sahaja iaitu cinta fizikal dan cinta emosional. Tidak boleh tidak, kebanyakan percintaan pada hari ini bermula di dimensi cinta fizikal. Wajahnya, lirikan matanya, senyumannya, suaranya, seksinya, bau perfumnya, hensemnya dan segala-gala yang dapat dicapai oleh lima pancaindera banyak bergantung pada cinta fizikal. Cinta pandang pertama terlahir kerana cinta fizikal.
Pertemuan yang kerap sepasang kekasih, berbual, berSMS dan MMS, bertukar pendapat, membantu menyelesai masalah, saling bersama pergi dan pulang kerja, membantu menelaah pelajaran, pemberian hadiah dan pujian akan melahirkan cinta dimensi kedua iaitu cinta emosional. Dari situ, lahirlah rindu ingin sang kekasih sentiasa di sisi. Kerana cinta emosilah lahir ungkapan lautan api sanggup kurenangi.
Di manakah cinta spiritual? Lazimnya tak terlahir di peringkat ini kerana perasaan ini sukar menjelma jika tidak diketahui. Kerana tidak dimengerti, maka ia tidak dicari. Namun, anak yang dijodohkan oleh ibu bapa akan mengalami cinta spiritual terlebih dahulu sebelum cinta fizikal dan cinta emosional. Ia apa yang selalu disebut sebagai kahwin dahulu, baru bercinta, sedangkan sebenarnya mereka berkahwin kerana mengikut perintah ibu bapa. Apa yang disukai ibu bapa, ia juga disukai ALLAH. Kerana itulah, perkahwinan ini biasanya kekal dan damai kerana ditunjangi cinta spiritual, cinta emosional dan cinta fizikal.
Fizikal, mental dan spiritual seseorang itu harus dipenuhi sebelum seseorang itu akan komited terhadap sesuatu. Justeru itu, cinta fizikal dan cinta emosional sahaja belum melengkapi. Sebab itu ia goyah. Agar perkahwinan itu teguh, carilah cinta spiritual iaitu cinta dan berkahwin kerana menurut sunah Nabi Muhammad s.a.w yang antaranya untuk menambah umat dan kerana mengikut perintah ALLAH.
Ingatlah, jodoh kita ditentukan di Luh Mahfuz. Justeru itu, ia bukan sahaja untuk di dunia, malah membawa ke akhirat. Jika diizinkan-NYA, pasangan kita itulah yang akan menjadi teman kita selama-lamanya di syurga. Berkasih di syurga bukan hanya di dalam lagu cinta, tetapi yang benar akan terjadi jika kita mengerti dengan menyuluh ke denai-denai di hati.

Jumaat, 8 Jun 2012

Tips Gembira sepanjang masa ^_^

Salam sume~ Mesti korang penatkan di hujung-hujung cuti nieh... Ada yang malas nak pergi sekolah dan ada juga yang sedih sebab kerja sekolah tak siapkan...Nie saya nak share tips membuat kita gembira sepanjang masa walau di dalam kesusahan mahupun senang~


Kesegaran dan minda positif hari mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian. Indahnya Islam membawakan nilai dan motivasi positif bagi umatnya sentiasa ceria dan gembira dalam tugasan seharian.Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:

1. Bersyukur.Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan bagi melakukan dan menjadi yang terbaik dan pastinya lebih baik daripada yang semalam.
2. Tekad Bermotivasi.Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Tingkatkan motivasi diri dengan mencari motivasi terbaik. Motivasi harus dijaga. Motivasi sekiranya tidak dipelihara akan menjadikan kita tidak bersemangat.4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.
5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.
6. Maafkan semua orangSebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.
7. Berani dan bersedia untuk berubah dan berhijrah bagi Kecemerlangan Hidup. Sentiasa yakin Allah sebagai pelindung kita. Hakikatnya kita sendiri yang dapat mengubah kehidupan kita.
Smile Always like T.O.P <3

Rabu, 6 Jun 2012

Blog bertuah : Follower ke - 500

nyum~nyum~

Salam~ Apa khabar korang?? Hehehehe... mesti sibuk dengan Majlis makan-makan atau kata lain "bekwoh".... Hehehe... Sedar tak sedar follower saya dah mencapai ke 500~ WHoa! Thank yang sudi follow and komen~ Siapakah follower yang ke 500,, yang bertuah tuh... Jom skodeng~


Nie dier~ setelah di detect tuannya bernama Nornasha sabli... http://syifahumayra.blogspot.com/ <<<< Follow kepada siapa yang sudi~
Apa yang menarik blog nie... ada satu entry yang menyentuh jiwa saya~ nak tahu??

Lepas je baca entry nie terus teringat apa dosa kita terhadap mak & ayah.... Pesan mak & ayah kepada kita~ menyentuh jiwa terus~ Hehehehe!
Sampai sini je lah yang dapat saya share pda subuh-subuh hari nie... Actually saya tak dapat nak tidur... Entah kenapa dan bagaimana?? Dalam otak tertanya-tanya~ Macam gambar kat bawah~ ^_^


Jumaat, 1 Jun 2012

Tonight!

Salam... hari nie saya nak share pasal malam 30/5/2012... Malam tuh malam yang paling seronok... Kenapa? Nak tahu kenapa? Hehehehe... Malam tuh saya & sepupu saya pergi makan steamboat besar... ERmmm Memang best sangat-sangat! Nak tengok tak gambarnya??? Nak! Kejap ye nak upload nieh....



Senyum tak perlu kata apa-apa


Gelak jangan tak gelak!


Senyum ^_^

Sempoi korang!


Jejaka malaya!


Rock weh! Adk aku yang over nieh!
Done! Sampai sini je lah nak share.... 1 things,, i want to say to my parents Happy Anniversary! Jom celebrate... Oh! sebelum terlupa~ Cheese cake~ Nak lagi!!


Nyum-nyum Delicious!

 
Copyright © . All Right Reserved by E-zati Sofea