Selasa, 28 Mei 2013

ketika anda sedang marah~

Salam 1 Malaysia. Alhamdulillah akhirnya cuti jugak walaupun hanya 2 minggu. Boleh lah nak kemaskan blog ini. Sejak akhir-akhir ini saya sering rasa marah. Entahlah kenapa. Memang emosional macam ini. Maybe tekanan banyak sangat. Haritu masa kem entah tiba-tiba malam tu rasa marah sangat-sangat. Saya luahkan perasaan marah ini kepada seseorang hamba Allah. Saya tak tahu punca kenapa dan akhirnya saya menangis dan Alhamdulillah rasa lega. Mungkin ada sesuatu yang bermain di fikiran yang menyebabkan kita berfikiran negatif. Saya ada beberapa tips untuk kita tenang semasa marah. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Marah adalah emosi manusia yang normal dan sihat tapi apabila tidak dapat dikawal, emosi ini akan membawa masalah di tempat kerja dalam hubungan peribadi mahupun keseluruhan kualiti hidup anda. Kemarahan yang tidak terkawal akan menjadi punca pergaduhan dan penceraian sehingga menyebabkan tekanan yang serius dalam hidup seseorang.
Rasa marah ini disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran. Biasanya ketika marah, tekanan darah dan kadar denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormon tenaga adrenalin dan noradrenalin juga turut akan meningkat. Oleh hal yang demikian jika anda ingin hidup gembira dan sihat, kawal kemarahan anda dengan sebaiknya. Ambil masa dan kawal diri dengan sebaik mungkin. Terdapat pelbagai cara bagi menangani marah, antaranya adalah seperti berikut:
1. BERTENANG
Tarik nafas dalam dalam dan kosongkan fikiran. Ini mungkin dapat membantu menenangkan diri anda. Ambil nafas dalam-dalam jangan bernafas dari dada kerana ia tidak akan menenangkan anda, bayangkan nafas anda seolah-olah keluar dari perut. Secara perlahan-lahan ulangi perkataan 'bertenang' dan 'jangan susah hati', ulanginya berkali-kali sehingga anda rasa tenang. Gunakan daya imiginasi anda gambarkan suasana tenang dan menyenangkan sambil menutup mata. Sambil itu tarik nafas dalam-dalam.
2. SUSUN SEMULA PEMIKIRAN
Selalunya bagi seseorang yang tengah marah selalunya mengeluarkan kata-kata yang tidak elok dan cacian bagi mengelakkan ini berlaku kita perlu guna teknik mengubah cara pemikiran. Jadi setiap kali marah, tukarkan perkara-perkara berikut kepada yang lebih rasional seperti katakan pada diri anda "ia sungguh mengecewakan", "ia memang teruk", atau "saya faham sekarang saya tengah sedih tapi bukan bermakna selamanya saya akan gagal". Kata-kata itu akan menguatkan semangat anda dan menghilangkan rasa marah anda.
3. SELESAIKAN MASALAH
Kadangkala kemarahan itu timbul apabila ada beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan. Oleh itu selesaikan masalah anda dengan merangkakan perancangan anda, jangan lupa semak perkembangannya, selesaikan masalah dengan cara yang paling berhemah dan jangan salahkan diri jika tidak dapat ia tidak dapat memenuhi perancangan anda.
4. KOMUNIKASI YANG BAIK
Selalunya orang yang tengah marah akan cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu secar tidak tepat. Jika menghadapi perbincangan hangat yang mencetuskan kemarahan, anda patut bertenang dan jangan buat keputusan ketika marah dan berfikirlah dahulu sebelum melakukan apa-apa. Jadilah pendengar yang baik pada perkara-perkara yang menyebabkan kemarahan.
5. BERTUKAR ANGIN
Kadangkala suasana sekeliling akan menyebabkan kita rasa tertekan. Masalah dan tanggungjawab yang banyak akan membebankan dan ini membuatkan kita cepat marah. Oleh itu anda mestilah luangkan masa untuk diri sendiri pergilah melancong untuk memperbaharui mood.
6. MARAHLAH SECARA SIHAT
Kemarahan adalah emosi normal manusia dan emosi ini juga penting untuk kita mempertahankan diri, marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan tapi jangan memendamkan masalah itu luahkanlah agar tidak memberi kesan pada diri sendiri. Luahkan perasaan anda pada individu yang paling anda percayai contohnya seperti kaunselor.
7. BAYANGKAN SESUATU YANG SERONOK
Ketika marah, pejamkan mata dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian bersama insan tersayang. Jika keadaan tidak mengizinkan, biarkan fikiran anda melayang jauh ke tempat yang membuatkan anda seronok. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda.
8. GUNAKAN TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL
Tumpukan perhatian pada teknik pernafasan anda. Fokuskan pada cara pernafasan anda dengan memastikan nafas ditarik perlahan dan disedut sedalam-dalamnya. Dengan bunyi pernafasan anda dan nikmati pergerakan keluar masuk udara yang amat amat nyaman dan menenangkan perasaan.
9. MENGUCAPKAN TA'AWUZ
Iaitu membaca : "A'uzu billahi minassyaithanirrajim."
Sesungguhnya marah itu daripada syaitan (jalan masuk hasutan syaitan kepada diri manusia). Maka berlindunglah dengan Allah dari kejahatannya.
10. LAKUKAN SESUATU UNTUK MENGAWAL MARAH
Hendaklah duduk jika sedang berdiri, berbaringlah jika dia sedang duduk. jika tidak hilang juga kemarahan dengan melakukan dua perkara tersebut maka hendaklah mengambil wudhuk (air sembahyang). Sabda Rasul s.a.w. : 
"Sesungguhnya syaitan itu daripada api (an-nar) dan sesungguhnya dipadamkan api itu dengan air, maka apabila seseorg kamu marah, maka ambillah wudhuk (air sembahyang)." (Hadis Riwayat Abu Daud.)
"Sesiapa yang menahan marah, walaupun dirinya berkuasa melaksanakan apa yang tercetus hati untuk melaksanakannya; nescaya Allah akan memenuhkan hatinya pada hari qiamat dengan keamanan dan keimanan." (Hadis Riwayat Abu Daud)
Saya berharap dengan apa yang saya kongsikan dapat digunakan sedikit sebanyak.

Satu lagi. Maybe takde kaitan dengan entry kali ini tapi saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana follower's saya dah mencecah 900 (*lebih sikit). Dan atas jasa itu saya nak review blog yang bertuah iaitu follower yang ke- 900. *peace!


Jom kita serbu pula blog dia. Hehe!


Tengok blog ini comey sangat-sangat macam tuan dia. Hehe.
dah berumur 25 tahun (*cepat-cepatlah kahwin) kih3!





Jumaat, 17 Mei 2013

Salam Jumaat !


Salam Blogger! saya nak mintak maaf sangat-sangat sebab dah lama tak update blog ini. *ikhlas. Dah nk dekat sebulan rasanya. *sapu habuk skit. Banyak dugaan & cabaran yang perlu dilalui sebagai seorang Muslimah. Ini semua dugaan Allah. Kita hanya mampu tawakkal & redha. STOP!

Kenapa ini? Haha. Kebetulan hari ini free sikit. *curi masa sebentar. Saya cuma nak pendapat korang semua ok ke kalau nikah muda? Mungkin ayat tu nampak saya gedik, gatal nk kahwin. Maksud saya bukan macam tu. Saya cuma "interesting" pasal nikah muda ni. Ada Blogger lain seperti Dena Bahrin, Irine Nadia Marcello & ramai lagi yang nikah muda. Bila saya cakap pasal nikah kawan-kawan saya mesti *menjerit . Mereka tak boleh dengar bab-bab nikah mesti diorang akan terkejut & macam mana ek nak nk bagitahu. Dalam hati mereka *hati memuncak. Susah bebenor eh nk bagitahu. Harap korang faham. Hehehe !


One more thing. Kalau nikah muda mesti ada bab "Bercinta Selepas Nikah" kan? Saya percaya kalau becinta selepas nikah mesti bahagia & direstui keluarga. Maybe ada sesetengah cakap 'Tak kenal, maka tak cinta'. Kita kena kenal dulu dengan orang tu, bercinta , then baru kita akan kahwin dengan dia. Ini semua takdir Allah. Hanya kita yang mampu merancang... 

P/s : minggu depan saya tak dapat update blog nie sebab exam is round corner. Doakan semoga permudahkan saya untuk menjawab soalan peperiksaan ini. Amin...~




 
Copyright © . All Right Reserved by E-zati Sofea