Rabu, 2 Julai 2014

Syukran..

Salam. Dah lama giler tak update blog ini... Saya mintak maaf sebab feeling nak update tu down sikit. Hari niat dalam hati nak update. Sebelum itu masih belum terlambat lagi kan zati nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN. Harap Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumya. Amalan yang buruk kita perbaiki. Amalan yang baik kita tambahkan. 



Post kali ini zati nak ucapkan Terima kasih kepada kawan-kawan yang wish birthday zati pada 30 JUN 2014. Amat lah terharu dengan ucapan dan nasihat. Haha.


Ni wish yang pertama sekali dari BFF. Perkenalan dari form 2 sampai sekarang. Suka duka lalui bersama. KEPERCAYAAN, AMANAH, TANGGUNGJAWAB. Thank you SAHABAT. Friend untill JANNAH. In sha Allah..


Wish dari kawan masa Form 6. suka sangat nak suruh zati nikah dulu... Aduiii~

Yang ini zati sangat terharu sampai post dekat moments wechat dari adik angkat. Sampai perkataan "cepat nikah" diperbesarkan... Haha! Tengok2 adik sendiri yang nikah dulu daripada akak. 


This from my Beloved cousin. dari kecik sampai sekarang still together-gether. Suka duka, kongsi masalah bersama. Love you too cousin. 

Tak lupa jugak rakan-rakan FB zati. Terima kasih banyak-banyak. 

p/s : Next post zati akan update pasal pengalaman kena interview dan ada sedikit tips. In Sha Allah. ~STAY TUNED~

ASSALAMUALAIKUM... 

Isnin, 7 April 2014

Aku kembali jua... -_-

Hai! Hai! Lama bebenor eh tak update blog ni.. Dah berhabuk agaknya... Shuuu~ shuu~ sapu habuk.. hehehe! Hari ni terasa mood ber-blog datang. haha. Bukan apa cuti panjang nak tunggu bulan 9 ni.. ermm.. Memang menaikkan berat badan lah jawabnya. Tak kerja ke? Ermm.. macam mana nak jawab? Actually ada jugak mood nak kerja tapi... Mak macam tak bagi izin. Mak suruh duduk rumah dan jadi suri rumah Mithali. Ceeewwaah! 

Hari ini pergi sebuah butik perkahwinan dengan mak and mak cik saya.. Opps~! Jangan salah sangka, bukan saya yang nak kahwin tapi sepupu saya.. Hehe! Bila pulak giliran saya? Itu hanya Allah sahaja yang tahu...



 
Perkara pertama bila tengok semua ini ialah .....
  • nanti tema kahwinku warna apa?
  • pelamin macam mana?
  • bila masa?
  • Meriah tak?
Ahh! Stop it... Berangan je terus... haha... Tak boleh berangan lama-lama nanti lalai pulak.. Bila dah tiba masanya nanti kita akan merasai semua nikmat itu. Insyallah... Bagi pendapat saya jika dah mempunyai kekasih dan umur meningkat 20-An cepat-cepat lah mendirikan rumah tangga. Bukan apa takut sang perempuan diambil orang dan boleh mengelakkan maksiat. Ya lah, anak terbuang semakin meningkat, penzinaan @ maksiat semakin berleluasa. So, jika dah berkenan di hati apa lagi cepat-cepat masuk meminang & hidupkan Sunnah Rasul. Hehe! 

P/S : Jodoh, rezeki, hidup dan mati adalah ketentuan Yang Esa. Jadi janganlah lupa berdoa kepada-Nya supaya dimudahkanNya segala urusan kita. Dan ingatlah, cinta pada Allah itulah cinta yang kekal abadi ^^


Selasa, 21 Januari 2014

Saya Nak RM300 Angpow Daripada Nile.com.my



Salam.
If saya dapat RM 300, saya nak simpan duit dalam Bank. Nak kumpul banyak-banyak duit dalam bank. Insyallah jika keluarga saya perlukan duit, saya akan keluarkan untuk bantu keluarga saya.

Jom Ramai-ramai join!
Tekan banner di atas untuk join.

Khamis, 16 Januari 2014

Pencarian Bloglist by Fiona Ellallynx


Jom Join ramai-ramai!
Tekan Banner di atas untuk join.

Tentang saya?

  • Assalamualaikum. Nama diberi Izati Sophia. Just panggil e-zati atau Sofea. Pelajar lepasan STPM dan sedang menunggu keputusan pada bulan 3 ini insyallah jika tiada apa-apa halangan. Harap keputusan lebih baik dari sebelumnya. Saya seorang pendiam tetapi bila dekat orang yang dikenali saya terlebih pendiam. Hehe. Maksudnya terlebih peramah. Mudah simpati terhadap orang. Apabila saya tengok orang susah hati ini rasa sayu malah sampai nak menitis air mata. Saya peminat tegar warna pink. Warna pink melambangkan kelembutan yang ada pada diri seseorang mahupun lelaki atau perempuan. *yang lelaki tu faham-faham lah... kih3
Impian saya?
  • Saya nak membalas jasa ibu bapa saya yang selama ini menjaga dan melayan karenah saya dari kecil sehingga dewasa walaupun fikiran kadang-kadang macam budak walaupun dah berumur 20 tahun pada tahun ini. Saya nak balas jasa ibu bapa saya dengan mendapat keputusan yang cemerlang dalam belajar dan insyallah dapat masuk Universiti. Saya juga ingin menjadi seorang pendidik yang cemerlang dalam bidang yang diceburi macam orang yang berprofesional seperti sekarang.

 
Copyright © . All Right Reserved by E-zati Sofea