Selasa, 31 Disember 2013

Pahit Manis Bersama... 2013.

Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Semua orang pasti mahukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:

Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.





(actually dalam gambar ada yang kurang. Hamba Allah itu tengah struggle untuk exam. CHAIYOK! )
Perkenalan sejak tingkatan empat. Eh, bukan sejak tingkatan 2. Mula-mula saya pindah sekolah dekat sini berkenalan antara diorang then bila dah mula-mula rapat tetiba terdapat idea tubuhkan group yang bernama ....... (*terpaksa dirahsiakan). Hidup sama-sama, ketawa sama-sama, sedih sama-sama. Kini, kita terpisah membawa haluan masing-masing tetapi kita takkan terpisah (*dah macam lagu black- takkan terpisah).Setelah sekian lama berkawan kiteorang telah mendapat berita yang mengejutkan apabila ada salah seorang dari kami meninggalkan kehidupan. Allah lebih sayangkan dia... Walau apa yang terjadi kiteorang tetap bersama untill JANNAH. INSYALLAH 
Pada tahun 2014 kita dah berumur 20 tahun. Sedar tak? Hehe. Dah dewasa. Tak de lagi nama zaman remaja nak bermanja-manja. Kalau zaman dulu-dulu dah boleh bernikah *ini gatai namanya. Dah boleh berdikari sendiri. Padahal tuan empunya badan pun... Ermm... Apa kurangnya... Budak-budak! kih3 (ketawa sopan).





Bila kawan yang kita rapat dah pergi belajar di universiti masing-masing 2 orang hamba Allah ini yang menemani sepanjang hari persekolahan Tingkatan 6. Mereka lah yang menasihati ku, berkongsi kisah duka dan lara. Adakalanya saya tak ikut nasihat diorang tapi akhir kecundang tapi mereka tak pernah berputus asa untuk membuat saya bangkit. Diibaratkan seperti ayah dan emak di sekolah. Berkenalan dari tingkatan 2 tetapi berpisah dan bertemu jua di tingkatan 6. Banyak kenangan manis dan pahit kiteorang lalui bersama tapi yang penting semangat kerjasama ada. Alhamdulillah sehingga kini persahabatan tak pernah lagi renggang walaupun banyak halangan yang ditempuhi. Kini, zaman persekolahan dah tamat dan masing-masing sibuk dengan mencari sumber rezeki yang halal. Harap dapat bertemu kembali. 




"Budak nescafe" itu lah gelaran yang dipanggil kepada Hamba Allah ini. Di kelas suka sangat makan, minum "nescafe" untuk hilangkan mengantuk. Kadang-kadang sama-sama ber- "happening" dekat kelas. Ceria sokmo bak kata ore kelate. hehe! Apapun yang penting "senyum sokmo". Budak ini selalu jugak bagi nasihat yang berguna *walaupun ada setengah tu tak leh pakai sangat. kih3! Jangan marah nohh~. Hamba Allah ini boleh di anggap sebagai teman ceria ketika saya sedih dan resah. Kalau bab "order online" nombor satu nak beli. Asalkan nampak jer benda comel mesti je nak beli. hehe! 

  • Pada tahun 2013 banyak kenangan manis dan pahit di lalui bersama tapi Alhamdulillah hingga kini saya terus tabah dan perkuatkan hati dengan adanya Hamba Allah seperti mereka dan tak lupa juga Family & guru yang sedia membantu. Saya berharap tahun baru ini akan ada kenangan manis yang di lalui dan kenangan pahit diharungi dengan tenang. Insyallah.


Wallahu wa'lam..


Sabtu, 28 Disember 2013

Mata Lalat & Mata Lebah. Yang mana?

Pejam celik, pejam celik dah nak habis 2013 dan datangnya tahun 2014. Hari ini hari sabtu terakhir bagi 2013. Adakah kita akan berjumpa lagi pada sabtu 2014. Wallahualam. Saya nak minta maaf, baru hari ini terdetik hati nak update blog yang dah usang berbulan-bulan lamanya. Dengan pelbagai ujian dan dugaan yang melibatkan hati dan perasaan, menyinggung hati orang dan sebagainya. Ini semua hanya ujian dan ada hikmah disebalik semua ini. Alhamdulillah saya dapat atasi ujian ini dengan membuat keputusan yang tepat dan terbaik  buat saya.

- Hari saya nak bagi perbezaan antara mata lalat & mata lebah. Kalau dah tahu haiwannya mesti kita dah dapat anggap macam mana dengan sifat haiwan tersebut kan?

“Janganlah jadi seperti lalat yang hanya nampak benda-benda busuk dan kotor sahaja, tapi jadilah seperti lebah yang selalu nampak benda-benda cantik dan wangi.” 
– Ustaz Kazim Elias-


Lalat merayau-rayau mencari sesuatu untuk santapan harian, tidak kira apa yang terdedah di situlah lalat datang bertandang. Contohnya, Najis, makanan basi, mahupun ikan busuk semuanya lalat hinggap. Apa yang penting dapat makanan.

Lebah merayau-rayau di sebalik pepohonan mencari bunga-bunga segar yang kembang segar di waktu pagi.
“Cantik sungguh bunga matahari, bunga ros dan macam-macam bunga lagi yang dihinggapnya. Ah, mencari madu rupanya.”
Sudahlah hinggap di tempat yang cantik, dapat manisan pula. Indahnya kehidupan si lebah.
Pernahkah kita fikir kenapa Allah ciptakan kedua-dua makhluk ini?
Keduanya mempunyai ciri-ciri tersendiri yang boleh dianggap unik. Jika mata kita diumpamakan seperti mata lalat dan mata lebah, maka yang mana satu jadi pilihan sahabat sekalian?
Pastinya lebah, bukan?
Seperti jugak macam manusia...
Orang yang tidak baik dan berhati busuk, matanya samalah seperti mata lalat. Sentiasa mencari benda-benda yang buruk, negatif dan tidak sedap dipandang mata. Ada saja yang tak kena pada pandangannya.
Manakala orang yang baik dan optimis, pastinya umpama lebah. Sentiasa mencari kebaikan dalam hidupnya. Walaupun sesuatu perkara tidak baik yang jelas pada pandangan matanya namun pastinya ia akan tetap jadi baik dengan sifat khusnuzon yang ada padanya. Pendek kata semua perkara nampak baik dan indah.
Mari jadikan mata zahir dan mata hati kita seperti lebah yang melihat semua benda yang baik-baik sahaja. Semua akan nampak baik jika kita khusnuzon (bersangka baik). Setiap kejadian yang baik mahu pun buruk ada sebabnya yang tersendiri.

This is the Right Choice !

 
Copyright © . All Right Reserved by E-zati Sofea