Rabu, 2 Julai 2014

Syukran..

Salam. Dah lama giler tak update blog ini... Saya mintak maaf sebab feeling nak update tu down sikit. Hari niat dalam hati nak update. Sebelum itu masih belum terlambat lagi kan zati nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN. Harap Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumya. Amalan yang buruk kita perbaiki. Amalan yang baik kita tambahkan. 



Post kali ini zati nak ucapkan Terima kasih kepada kawan-kawan yang wish birthday zati pada 30 JUN 2014. Amat lah terharu dengan ucapan dan nasihat. Haha.


Ni wish yang pertama sekali dari BFF. Perkenalan dari form 2 sampai sekarang. Suka duka lalui bersama. KEPERCAYAAN, AMANAH, TANGGUNGJAWAB. Thank you SAHABAT. Friend untill JANNAH. In sha Allah..


Wish dari kawan masa Form 6. suka sangat nak suruh zati nikah dulu... Aduiii~

Yang ini zati sangat terharu sampai post dekat moments wechat dari adik angkat. Sampai perkataan "cepat nikah" diperbesarkan... Haha! Tengok2 adik sendiri yang nikah dulu daripada akak. 


This from my Beloved cousin. dari kecik sampai sekarang still together-gether. Suka duka, kongsi masalah bersama. Love you too cousin. 

Tak lupa jugak rakan-rakan FB zati. Terima kasih banyak-banyak. 

p/s : Next post zati akan update pasal pengalaman kena interview dan ada sedikit tips. In Sha Allah. ~STAY TUNED~

ASSALAMUALAIKUM... 

Isnin, 7 April 2014

Aku kembali jua... -_-

Hai! Hai! Lama bebenor eh tak update blog ni.. Dah berhabuk agaknya... Shuuu~ shuu~ sapu habuk.. hehehe! Hari ni terasa mood ber-blog datang. haha. Bukan apa cuti panjang nak tunggu bulan 9 ni.. ermm.. Memang menaikkan berat badan lah jawabnya. Tak kerja ke? Ermm.. macam mana nak jawab? Actually ada jugak mood nak kerja tapi... Mak macam tak bagi izin. Mak suruh duduk rumah dan jadi suri rumah Mithali. Ceeewwaah! 

Hari ini pergi sebuah butik perkahwinan dengan mak and mak cik saya.. Opps~! Jangan salah sangka, bukan saya yang nak kahwin tapi sepupu saya.. Hehe! Bila pulak giliran saya? Itu hanya Allah sahaja yang tahu...



 
Perkara pertama bila tengok semua ini ialah .....
  • nanti tema kahwinku warna apa?
  • pelamin macam mana?
  • bila masa?
  • Meriah tak?
Ahh! Stop it... Berangan je terus... haha... Tak boleh berangan lama-lama nanti lalai pulak.. Bila dah tiba masanya nanti kita akan merasai semua nikmat itu. Insyallah... Bagi pendapat saya jika dah mempunyai kekasih dan umur meningkat 20-An cepat-cepat lah mendirikan rumah tangga. Bukan apa takut sang perempuan diambil orang dan boleh mengelakkan maksiat. Ya lah, anak terbuang semakin meningkat, penzinaan @ maksiat semakin berleluasa. So, jika dah berkenan di hati apa lagi cepat-cepat masuk meminang & hidupkan Sunnah Rasul. Hehe! 

P/S : Jodoh, rezeki, hidup dan mati adalah ketentuan Yang Esa. Jadi janganlah lupa berdoa kepada-Nya supaya dimudahkanNya segala urusan kita. Dan ingatlah, cinta pada Allah itulah cinta yang kekal abadi ^^


Selasa, 21 Januari 2014

Saya Nak RM300 Angpow Daripada Nile.com.my



Salam.
If saya dapat RM 300, saya nak simpan duit dalam Bank. Nak kumpul banyak-banyak duit dalam bank. Insyallah jika keluarga saya perlukan duit, saya akan keluarkan untuk bantu keluarga saya.

Jom Ramai-ramai join!
Tekan banner di atas untuk join.

Khamis, 16 Januari 2014

Pencarian Bloglist by Fiona Ellallynx


Jom Join ramai-ramai!
Tekan Banner di atas untuk join.

Tentang saya?

  • Assalamualaikum. Nama diberi Izati Sophia. Just panggil e-zati atau Sofea. Pelajar lepasan STPM dan sedang menunggu keputusan pada bulan 3 ini insyallah jika tiada apa-apa halangan. Harap keputusan lebih baik dari sebelumnya. Saya seorang pendiam tetapi bila dekat orang yang dikenali saya terlebih pendiam. Hehe. Maksudnya terlebih peramah. Mudah simpati terhadap orang. Apabila saya tengok orang susah hati ini rasa sayu malah sampai nak menitis air mata. Saya peminat tegar warna pink. Warna pink melambangkan kelembutan yang ada pada diri seseorang mahupun lelaki atau perempuan. *yang lelaki tu faham-faham lah... kih3
Impian saya?
  • Saya nak membalas jasa ibu bapa saya yang selama ini menjaga dan melayan karenah saya dari kecil sehingga dewasa walaupun fikiran kadang-kadang macam budak walaupun dah berumur 20 tahun pada tahun ini. Saya nak balas jasa ibu bapa saya dengan mendapat keputusan yang cemerlang dalam belajar dan insyallah dapat masuk Universiti. Saya juga ingin menjadi seorang pendidik yang cemerlang dalam bidang yang diceburi macam orang yang berprofesional seperti sekarang.

SEGMEN MINION BLOGLIST JANUARI 2014


Jom Join!

*Tekan gambar di atas untuk join

Isnin, 13 Januari 2014

Salam Maulidur Rasul

"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"

Salam 1 Malaysia. Esok diumumkan cuti kan? Hehe. Sukalah tu budak-budak sekolah. Tapi 1 hari je.
Me : Esok cuti kan?
Adik : Esok? yeay cuti! Tapi sehari je... Alah...~
Begitulah reaksi adik saya bila cuti. Bukan setakat adik saya je mempunyai reaksi begitu tapi kakak yang tingkatan 6 pun ada yang minta nak cuti lebih. Haha! Tak nak buat PBS lah tu... Sabar lah wahai tingkatan 6. "Bersusah-susah dahulu, Bersenang-senang kemudian"

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Esok jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Menghayati Perjuangan Nabi
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya.
Keperibadian Terpuji

Masyarakat Arab  Quraisy  amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir. Baginda  dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik  budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin.

Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga mereka ingin membunuhnya?  Mereka benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman Allah dalam surat al-Anfal ayat 30:

"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik ( Mekah )  menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".
Ketokohan
Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam  hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam  adalah bertanggungjawab  mempertahankan agama Allah.

Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.

Keadaan Kucar kacir
Keadaan dunia pada masa itu amat tenat dan kucar kacir. Manusia pada ketika itu telah berperangai  kebinatangan. Terlalu banyak kelakuan buruk yang melingkari masyarakat ketika itu. Bukan sahaja di semenanjung tanah Arab, bahkan di negara Parsi dan juga Rom. Kehidupan mereka sungguh teruk, meminum arak menjadi satu kebanggaan. Persundalan dianggap satu keseronokan, amalan riba' berleluasa dalam perniagaan, hidup berpoya-poya menjadi tanpa haluan.

Kekejaman yang dilakukan dianggap satu keperkasaan. Kekuatan digunakan untuk menindas. Kekuasaan digunakan untuk mengaut kekayaan. Para penguasa selalu dimuliakan bahkan kadangkala dianggap sebagai tuhan. Orang awam yang lemah selalunya di perhambakan. Kepandaian sering digunakan untuk menipu. Setiap saat akal sentiasa digunakan untuk berbuat jahat dan untuk memenuhi tuntutan nafsu. Demikianlah gambaran masyarakat ketika baginda diutuskan. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam pada masa kini adalah menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang paling sekali.
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)."(al-ahzab 21).
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.



Sabtu, 11 Januari 2014

Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih



Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih di anjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Zara Nurhaidah dan Iluvtour

Siapa yang nak join sila tekan banner di atas :)

Rabu, 1 Januari 2014

Simple NY Giveaway By Iezwa Razk



(Klik Banner Untuk Join)

Senarai Hadiah :- 3x Pashmina , 3x Tudung Bawal dan 2x Topup RM 5
JOM MERIAHKAN GIVEAWAY NI!!

Tarikh Tamat :- 18 Januari 2014

BLOGLIST PART #1 BY DIARI FARISHA

http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2013/12/bloglist-part-1-by-diari-farisha.html 

Jemput Blogger seantero Malaysia join 
"Bloglist Part #1 By Diari Farisha"

Seramai 50 orang Blogger Hot & Marbeles diperlukan bagi 
mengisi kekosongan jawatan di bloglist blog beliau

Klik Banner untuk join

 
Copyright © . All Right Reserved by E-zati Sofea