Salam... Happy holiday semua... Mesti korang pergi family holiday kat tempat peranginan kan? Saya nak share family holiday saya... Tempatnya di Langkawi.. Saya sekeluarga bersama sepupu kesayangan pergi holiday tapi yang sedang ayahku tak dapat ikut sekali sebab busy dengan kerja... Sedih.. Sedih... Tapi tak mengapa cousin kesayanganku begitu sporting & cooling... Sayang diorang sangat-sangat... Nak tengok tak gambar..? Hehehe... Kita Upload ok!
Ini lah saya hamba Allah yang merendahkan diri bersama sepupuku yang sporting giler-giler... Love you!
Nie my mom,lil brother, uncle & sepupuku yang bucuk! Tengah tunggu nak check-in cable car...
With hisyam hamzah , pengacara Sarapan TV3.. Mula-mula tengok macam kenal & pernah tgk dalam TV rupa-rupanya ada depan mata... Hahaha.. Sporting !
Yes! Dah naik cable car.. with cousin yang cool giler (achik) , my mum & my uncle !
Senyum jangan tak senyum... Nikmati keindahan alam sekitar...
Senyum, senyum juga tetapi sebenarnya den gayat dengan ketinggian... Hehehe... Buat malu orang...
Nampak tak? ada orang tengah syok bergantung... Hehehe... Lepas je naik cable car adik saya nak teruskan naik flying fox... Katanya best sangat... tapi bagiku lepas flying fox kaki ku terus rebah... takut, menggigil...
Sampai kat sini saja saya nak share pergi holiday di Langkawi... Kenangan nie takkan saya lupakan kerana ini kenagan yang manis sangat-sangat... Saya bersyukur ada sepupu yang spoting & cool... dah tak tahu nak cakap apa-apa tentang sepupu ku kerana sepupuku tempat berhibur hati yang sedih... Thank you Dalila & Achik sebab sudi teman tie sekeluarga pergi holiday.. Maybe tie tak dapat nak balas jasa korang tetapi Allah yang Maha Satu yang akan balas jasa korang... Love You so much! ♥
Jumaat, 23 November 2012
Sabtu, 17 November 2012
Buat muslimah "Mahalkan Mahar Maruahmu"
Muslimah, kamu itu cantik sebenarnya. Walaupun kau tutup seluruh auratmu, sesungguhnya yang tertutup itu lebih terjaga kualitinya daripada yang terdedah.
Di sini, inginku katakan tentang maruah. Tidak dapat dinafikan lagi, setiap muslimah yang sedang ataupun telah meniti alam remajanya pernah mengalami satu situasi ataupun ujian wajib bagi dirinya iaitu hatinya akan jatuh hati dengan seorang Adam .
Wahai muslimah sahabatku, mari kita faham perspektif pemikiran lelaki terhadap wanita. Sepertimana yang kita tahu, lelaki mudah meluahkan kata-kata manis untuk mendapatkan madu cinta daripada seorang Hawa . Madu cinta itu akan diteguk untuk menghilangkan dahaga yang tidak berpanjangan.Sepertimana lebah, dia tidak akan hinggap pada bunga yang telah diambil madunya. Dia akan pergi ke bunga lain untuk mendapatkan madu. Itu gambaranku.
Madu itu maruah seoarang wanita. Yang sememangnya maruah wanita muslimah itu sangatlah cantik. Jangan kau berikan pada lebah-lebah yang tidak layak kau berikan madumu itu. Tapi, bagaimana kalau sudah terlanjur cinta ?
Begini sahabat yang ku sayangi, masih belum terlambat untuk kamu berubah niat. Perasaan cinta itu satu fitrah.Tidak dapat menafikan fitrah tersebut. Tetapi, cuba kita halakan fitrah cinta itu kepada Allah. Mengapa tidak ? Lihat di sekeliling kita, apa yang Allah Taala berikan kepada kita ? Macam-macam nikmat dan pinjaman-Nya kepada kita yang tidak terhitung. Lihat pula pada ujian-ujian yang ditimpakan kepada kita. Sesungguhnya, Allah Taala menguji setiap hamba-Nya berdasarkan apa yang hamba-Nya mampu sahaja. Itu merupakan salah satu daripada tanda cinta Allah kepada hamba-Nya tetapi ramai hamba-Nya yang tidak menyedari akan hakikat itu .
Cinta manusia . Sememangnya indah, dibalas setiap kali dilafaz. Didengar dan dikongsi setiap kali kesedihan dirintih. Kamu yakin setiap apa yang dilafaznya itu ikhlas ? Kamu yakin bahawa dia benar-benar berkongsi kesedihan dengan kamu ? Mungkinkah, dia akan mengadu kepada kawan-kawannya , betapa menyampahnya dan meluatnya dia dengan sikap kita. Bukan mahu buruk sangka tetapi kadang-kadang ia perlu dalam beberapa situasi untuk menyelamatkan kita daripada hanyut .
Jadi, bersederhanalah dalam berhubung dengan kaum Adam. Jagalah kesucian cinta itu untuk diberikan kepada pasangan yang sah dengan ikatan ijab dan qabul kelak. Tidak salah untuk berhubung dengan lelaki, tetapi dengan syarat, kamu mesti ada prinsip kamu yang tersendiri dan kekalkan prinsip kamu walau digoda bagaimana cara sekalipun. Misalnya, prinsip kamu adalah " Aku tidak akan sesekali mengucapkan madah-madah cinta walaupun pada hakikatnya aku rasakan aku betul-betul sayangkan mamat nih". Prinsip itu biarlah sesuatu yang menjaga maruah cinta kita. Semoga bermanfaat buat kalian.
P/S : Entri ini hanyalah untuk menyedarkan bahawa betapa berharganya kita, bukan untuk menyidir, mengumpat atau sebaliknya. Wallahu'alam.♥

Isnin, 12 November 2012
Alasan kita untuk ke syurga ♥
Salam 1 Malaysia sebenarya ada satu alasan yang kukuh bagi melayakkan kita atau hamba Allah untuk masuk ke syurga dengan rahmatNya. Alasan tersebut adalah hamba Allah ini mestilah seorang yang hebat.
Syurga menantikan orang-orang hebat untuk memasukinya. Tidak menjadi hebat adalah alasan yang kukuh untuk tidak melayakkan manusia untuk mendapat nikmat di daerah yang dijanjikan kebahagiaan ini.
Kita melihat syurga, orang-orang yang sudah menempah nama di dalamnya adalah para nabi, sahabat-sahabat mereka dan orang-orang yang telah membenarkan janji-janji mereka kepada Allah.
Maka mereka ini semuanya orang-orang yang hebat. Mereka hebat dalam melawan nafsu mereka sendiri. Mereka hebat dalam menyebarkan kebaikan di muka bumi ini. Mereka hebat dalam mentaati Allah di dalam seluruh kehidupan mereka.
Bayaran syurga adalah kehebatan kita semua. kita semua hebat sebagai seorang hamba Allah adalah alasan yang kukuh untuk melayakkan diri kita ke sana. Tanpa kehebatan sebagai seorang hamba, kita telah gagal untuk menempah syurga.
Gagal memasuki syurga pula adalah hasil yang terburuk bagi setiap keputusan. Gagal masuk ke syurga maknanya akan dibawa ke neraka.
Maka pilihan yang ada pada kita hanyalah pilihan untuk menjadi hebat. Tanpa pilihan ini kita sebenarnya telah memilih untuk tidak ke syurga.
Kerana itu binalah kehebatan kita semua. Orang Islam mesti cemerlang. Hari ini perlu lebih baik dari sekarang.
Hinggalah akhirnya anda akan menemui Nabi Muhammad, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Sayyidina Abu Bakar, Sayyidatina Khadijah, Sayyidatina Sumayyah, Sayyidina Bilal, Imam Syafie, Sultan Muhammad Al-Fateh dan lain-lain dalam keadaan anda mengetahui nama-nama ini semuanya adalah nama-nama yang hebat.
Menjadi hamba Allah yang hebat adalah alasan untuk kita bersama mereka.
"semakin kita nak jadi baik, semakin kuat ujian yang akan ditempuhi.
rempuhlah semua ujian tersebut hingga akhirnya anda akan bersenang lenang di syurga."
ingatlah ujian Allah kepada setiap hambanya tidak akan putus selagi kita masih berdiri di muka bumi allah SWT yang indah ini...
I ♥ ALLAH ✔ I ♥ ALLAH ✔ I ♥ ALLAH ✔

Ahad, 11 November 2012
Bila Cinta Berputik. Adakah Dia Jodohku? ♥
"Tiada terfikir,
Terlintas Engkau akan tiba,
Membawa perangsang.
Tiada terfikir, Terlintas,
Engkaukan membuka,
Sempadan perasaan.
Bunga kembang bertali hati, Bunga kembang di puncak akli"
Begitu indah cinta, membawa perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akan tetapi diluah melalui boneka jasad serta lirikan mata, lidah kelu diam seketika, jantung berdegup pantas tidak mencemaskan tetapi indah.
Remaja pada awalan usia mereka merasakan diri mereka ingin dicintai dan ingin mencintai. Akhirnya mencari cinta. Cinta pada usia muda yang sering digelar cinta monyet.
Tidak kurang pula ketika mereka melangkah ke menara gading. Mitos memaksa mereka mencari pasangan sebelum mendaki anak tangga pentas konvokesyen, kononnya, menara gading tempat mencari pasangan hidup yang akan hidup bersama mereka selepas graduasi.
Akan tetapi, alangkah sedihnya cinta yang berputik dan berbunga-bunga akhirnya tewas, melebur membentuk luka yang pedih dan sakit. Sesak nafasnya!
Lebih teruk kesannya jika apabila mereka sedar (meskipun tidak mengakui atau tidak menunjuk) bahawa perjalanan kisah cinta mereka telah pun melangkaui batasan agama, bersentuhan, berkucupan, berkhalwat dan terlanjur. Malu dan kesal serta sedih kerana diri telah menjadi tidak suci dan kotor, akan tetapi orang yang bersama-sama untuk berkongsi kotor dan jijik tidak lagi bersama. Risau pula jika perbuatan mereka dikhabarkan.
Yang nyata dan pasti, kamu tidak terlepas dari pandangan Allah dan Allah mengetahui perbuatan kemungkaran kamu. Taubatlah!
Jika kamu merasakan dia jodohmu, adakah dia mengajak kamu kepada kebaikan lebih banyak daripada membawa kamu kepada kemungkaran?
Oleh sebab itu, saya ingin mengajak para adik-adik untuk berfikir sejenak apakah niat kita bercinta dan di mana kita mahukan ia berakhir? Terutamanya adik-adik yang bakal bergelar graduan.
Ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia.
Jika cinta Allah lebih kamu sayang, letaklah cinta Allah sebagai batasan pergaulan kamu.
Apabila kisah cinta mula melorot dari satu episod ke satu episod yang lain. Renung kembali apa salahnya kamu pada Allah dan apa ajarannya telah kamu ikuti?
Pada ketika itu, fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka? Jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu. Jika pernikahan yang kamu cari, maka tidak usahlah buang masa lagi. Dekatilah pernikahan kerana kamu perlu mencari keredhaan Allah.
Bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala di luar jangkaan kamu. Namun, jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan.
Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu. Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu.
Jauhi dari hati yang makin berbunga dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh. Itu hanya melukakan hati yang sangat lembut ini.
Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T, tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga.
Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T.

Khamis, 8 November 2012
last day (memories♥)
Salam 1 MALAYSIA semua...waaah! dah lama saya tak update blog nie... rasa rindu sangat-sangat.. Alhamdulillah, peperiksaan STPM penggal 1 dah tamat... Enjoy! Pengalaman menjawab memang mencabar... Ada soalan senang,susah & amat susah sekali... Pengalaman yang pahit masa first day exam... Lepas jawab soalan Pengajian Am (PA) , bila dah masa tamat... terus keluar bilik peperiksaan mata saya hanya tertumpu kepada ibuku... saya terus memeluk dan menangis.. orang lain yang melihat memang tersebak dan memalukan buat diriku... itulah kenangan yang pahit... ok! berbalik kepada entry kita... korang mesti sedih kan hari terakhir persekolahan, lebih-lebih bagi calon UPSR,PMR,SPM & STPM... memang sedih giler-giler... Tapi takpelah kita redhakan juga... Bak kata orang 'Ada jodoh Kita jumpa Lagi'... Betul tak? Saya nak share gambar nie... Nak tengok tak? Mesti nak kan? Hehehe...
Sampai kat sini yang dapat saya share untuk memories hari last sekolah tahun 2012... Selamat bercuti ! Jangan nak merempit & lakukan jenayah tau! belajar elok-elok *pesan opah..
Nak memperkenalkan bakal make-up nanti wedding... haha... tak boleh nampak orang berpeluh mesti nak tolong sapukan...
Dah boring-boring enjoy masuk dalam perpustakaan buat terakhir kali sebelum cuti... Saya & kotak laici
Sampai kat sini yang dapat saya share untuk memories hari last sekolah tahun 2012... Selamat bercuti ! Jangan nak merempit & lakukan jenayah tau! belajar elok-elok *pesan opah..
P/S: Gatal tangan nak blogwalking blog nie...
































