Khamis, 30 Jun 2011

hari yang bermakna...~

salam~

detik kul 12 aku dh 17 tahun....uhhhh...makin hari makin rindu kenangan kecik2!
thank u my mother coz buat kejutan beli cupcake n belanja kwn2.....sayang sangat2 umi....
smpaikan 1 kelas nyanyi lagu happy birthday!:face24: malunye....
thank juga kpada kwn2ku yang wish birthday sanggup penat lelah nk membalas wish diorang...hehehehe



and...x lupa juga kepada ainun my kembar.....heheeheh..
:95:


Isnin, 27 Jun 2011

Mengapa Selalu Fikir Tentang Cinta dan Hati? ~


salam...~

Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia.

Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya?:face14:

Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya,

Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah?

Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh.

Jodoh?

Bukankah Jodoh itu telah ditetapkan oleh-Nya?

Anda punyai misi untuk islam. Mengapa mudah goyah kepada perasaan dan cinta. Ramai yang mengatakan "aku mahu berkahwin, bernikah" tetapi dimanakah persediaan kita? untuk menjadi isteri kepada seorang suami atau suami kepada seorang isteri?

Ia bukanlah sebuah perkara yang mudah. Adakah ia hanya sebuah keseronokan? Untuk merealisasikan mimpi indah? Tidak. Ia satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah SWT suatu ketika nanti. Adakah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah dengan sebaik-baiknya

Mari Menjadi Hamba kepada pencipta

Menjadi sebaik-baik hamba memerlukan pengorbanan bukan hanya pada kata-kata. Jika kita imbas kembali bagaimana sahabat-sahabat rasulullah yang sentiasa memperbaharui dan meningkatkan Iman mereka. Keyakinan mereka adalah di tahap yang tinggi. Mereka melihat syurga di hadapan mereka. Amal yang mereka lakukan adalah semaksimum yang mungkin.

Bukan seperti kita? Mengimpikan syurga tetapi kita hanya bermimpi tanpa mempertingkatkan amal. Sedarlah! Hidup ini satu perjuangan. Jadi, berusahalah Untuk Menyihatkan IMAN!


Jangan terlalu fikirkan cinta

Cinta dan perasaan satu keperluan. Tetapi kita mesti pandai menguruskannya. Bercintalah tetapi melalui jalan-jalan yang Islam telah tunjukkan. Buat persediaan, dan lakukan ta'aruf dan seterusnya. Islam itu dipenuhi cinta dan kasih sayang, tapi banyak cinta dan kasih sayang yang menyimpang dari islam kerana kita tidak menghayati Islam sepenuhnya.

Jom sama-sama kita mencari cinta dan RedhaNya.

Lihatlah cinta yang sebenar ini!

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya ALLAH TA'ALA berfirman pada Hari Kiamat kelak; mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Hari ini KU-naungi mereka, di mana tidak ada naungan yang lain selain naungan-KU.":67:

Isnin, 20 Jun 2011

Muslimah VS Putus Cinta~


salam~:h:
hari nie nak bagi tazkirah skit untuk my friends yang tengah kesedihan...~:face41:

Umum kita sudah mengetahui bahawa berpasangan, bercinta, couple selain daripada hubungan sah suami isteri dan apa sahaja istilah yang seerti dengannya adalah haram di sisi agama kita Islam.

Walau bagaimanapun, jika kita lihat pada generasi kita yang bergelar remaja sekarang, ramai yang hanyut dalam arus percintaan. Setelah terngadah baru tersedar bahawa cinta yang terbina itu memakan diri sendiri. Cinta yang terjalin tadi akhirnya sia-sia, punah seribu harapan, impian, dan janji-janji.

Nasi sudah menjadi bubur, penyesalan memang akan tetap singgah. Kesunyian akan menerpa. Namun ingat wahai muslimah! Jangan pernah berkata yang hati anda kosong hanya kerana 'I have no boyfriend' sebab Allah tetap ada. Kembalilah bersujud kepada-Nya. Tanamkan kepercayaan kepada-Nya.

Sememangnya jodoh itu ketentuan Ilahi, tetapi kita pernah mendengar bahawa peluang tidak datang bergolek, begitu juga dengan jodoh. Berdoa juga adalah satu usaha, jadi berdoalah kepada-Nya moga dipertemukan dengan lelaki yang baik dan soleh. Ingat! Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, bukannya lelaki yang hensem untuk perempuan yang cantik dan sebaliknya.

Jangan berasa rendah diri, ingatlah bahawa segala yang diciptakan Tuhan adalah cantik. Jika inginkan jodoh yang baik, perbaikilah diri anda, muhasabahlah diri, hentikan perkara yang dilarang-Nya dan kerjakan segala perintah-Nya selagi pintu taubat masih terbuka luas. Di sini, sekadar ingin mengutarakan pendapat dan berkongsi tips kepada para muslimah, jangan jadikan kegagalan cinta sebagai penamat hidup anda. Teruskanlah berusaha kerana dirimu begitu berharga.


TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:

1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.

2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.

4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.

5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.

Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin menghadapi masalah putus cinta. Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana.

Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.

"A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever.":face76:

Sulamkanlah cinta itu dengan ikatan yang SAH. Wallahua'lam.:67::67:



Sabtu, 18 Jun 2011

"Jom sertai Bloglist Luqaz!"~

salam~


(click,,click)

nak masuk
blogger girlz!!


saya tag...
sume orang lah~

sofieda~

salam~

hari nie letih sangat coz hari yang penuh dgn kesibukan...pagi tuisyen,,ptg tuisyen malam pun tuisyen,,aduii penuh dengan ketuisyenan(betul ke tak BM tu):face51:....hari nie saje buat post sofieda....gabungan nama saya n my BFF....saya ambik second name....time tu tak terfikir nak gabungankan nama kiteorang....tak sangka plak cantik nama SOFIEDA.....hehehehe...:face71:

sofia + shahida = sofieda


kiteorang best friend sejak form 2,,time tu first dtg kelatan tak kenal mana dia...sya maybe menyusahkan dia tapi lama-lama tak sangka plak kiteorang jadi BFF...waaaa...itulah takdir persahabatan....

Ahad, 12 Jun 2011

Jom Join Bloglist Kelab Terjah Blogger~

salam~


jomlah sama-sama join bloglist kelab terjah blogger,,sebelum nie tak pernah join apa-apa lagi...first time join nie....
saya nak tag sume kawan-kawan,,agar join bloglist kelab terjah blogger....sokongan anda amat kami hargai...sekian....
kalau nak join tekan banner kat bwh tu k....

Photobucket

~wassalam....

Sabtu, 11 Jun 2011

tak disangka~

salam~
kenapalah aku begitu sedih smpai tak dapat nak kesat air mata yang mengalir kesedihan.:face22:
hari nie aku duk sorang-sorang kat tuisyen,,amalina and hanis tak datang...lonely nye aku....:f:boring gler lah duk kat tuisyen tapi ketawa terbahak-bahak coz cikgu yang mengajar sejarah kelakar gler,,dah lah pakai cermin mata batang sebelah je then pkai betul atas lubang hidung...hehehehe sorry kalu korang kate sya jahat....:49:tapi dalam masa yang sama berdebar-debar coz smalam tak tngok imam muda,,agak2 siapalah yang terkeluar....saya agak risau kalau-kalau imam muda mujahid @ imam muda najdi yang terkeluar....smalam tgk maharaja lawak best gler...mantap lah JOZAN:q::x::r:kelakar gler lah......tak kering gusi dibuatnya.....:face64:then msej dengan a'fifah untuk mengurangkan kesunyian...lepas habis tuisyen apalagi balik rumah,,sembahyang then tak sabar tgk ulangan medan imam muda...tugasan dorang kali nie kena interview banduan-banduan akhir...yang menyayat hati imam muda nazrul menangis coz banduan tu mendoakan agar kejayaan dia....memang sedih...saat yang dinantikan sudah tiba nak tahu sape yang terkeluar...

tahnniah kerana imam muda telah buat yang terbaik..

sume senyum..tapi...

tapi dua imam muda terpaksa menamatkan imam muda pada malam ini...

rasa berdebar nie...sejuk pun ada...

imam muda najdi dan imam muda mujahid....

sedihnya rasa dengar...saya pun masuk dalam bilik then menangis...sya call a'fifah smbil...menangis,,then saya msj dengan aisyah...imam muda mujahdi and imam muda najdi terkeluar...aisyah membantah...
kenapalah juri singkirkan imam muda mujahid dengan imam muda najdi...

saya dah tak boleh buat apa-apa lagi....malam
tu plak ada bola piala F.A...mengharapkan kelantan menang tapi malangnya rezeki kpda terengganu sungguh sedih and frust...sume rakan2 saya frust...arghhhh:x: nasib baik lah esok tu cuti boleh lah nak menhilang sedikit kesedihan and stress....
emmmmmm~:face53:


Isnin, 6 Jun 2011

Kembalilah Tersenyum ~


salam~:67:

Beruntung sungguh menjadi seorang Muslim. Setiap gerak tingkah sentiasa ada pedomannya. Walau perkara yang amat kecil jika dipandang, namun hati tetap senang dengan setiap landasan yang diberikan. Islam agama yang menyentuh keseluruhan kehidupan.

Rukun Iman yang enam sudah kita ketahui dan perlu diyakinkan. Menarik untuk perkara yang keenam iaitu percaya kepada Qada dan Qadar atau dengan kata lain percaya kepada apa yang Allah tentukan.

Hidup memang ada cabaran. Terutamanya kepada orang yang beriman. Pasti akan diuji.

Firman Allah:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: " Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (al-Ankabut, Ayat 2

Ini adalah sunnatullah, ini ketetapan Allah yang perlu diterima. Walau bagaimanapun, seseorang yang diuji sepatutnya perlu tabah dengan sebarang ujian. Kemiskinan, kekayaan, kesakitan, kehilangan harta benda, kematian dan sebagainya kerana Allah lebih berhak terhadap diri kita. Semua adalah pinjaman.

Yakinlah kita bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Semestinya Dia tidak akan membebankan hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh hamba-Nya. Pasti tidak! Tuhan yang Maha Mengetahui tahap keimanan kita dan kesanggupan yang ada pada kita, pasti menguji dengan tahap yang sesuai dengan Iman masing-masing.

Firman Allah:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (al-Baqarah, Ayat 286)

Kembalilah kita tersenyum dan tabah dengan ujian. Memang benar, lidah berbicara petah belum tentu sendi bergerak lincah. Mungkin penulis sedikit kurang untuk indah berbahasa, namun keyakinan penulis tetap pada kalamullah yang tiada setara indahnya bahasa. Bukakanlah selaput kelabu di hati, agar kunang-kunang singgah ke mari, sinar cahaya kan kembali lagi. Wallahua'lam.:1:

Khamis, 2 Jun 2011

happy birthday~

salam~

yuhuuu....kemarin n hari nie birthday someone,,,,nak tahu tak sape????firstly,,kmarin birthday my BFF sedunia!!!sori kmarin x ucap coz nk buat kejutan,,sya slambe je jumpa awk kmarin,,,ksian kat awk naik basikal g skolah,,dh lah umah jauh plak tu....:face53:.

ini dia nur ahlam shahida @ ida @ AM(sya punya)



then,,,birthday my cousin sedunia,,dulu sama2 main,,baju pun sama,,sumenye same....tapi ia dh berlalu setelah kami berpindah....:face41:

:face2:ni dia cantik micm saya..hehehe..dalila athirah @ dela......:34:

mana birthday cake nie...lambatnya....


nie dia,,happy birthday to you semoga panjang umur n murah rezeki,,,ahlam nnti sya blanja awk KFC kea lepas AM balik umrah...
to cousin tersayang,,balik kelate dulu baru boleh kek nie....
hehehehehe!:w:

Rabu, 1 Jun 2011

Babyfaced Beauty~

salam~

i like watch babyfaced beauty!!this some plot of that story...

"Baby-faced Beauty" is a romantic-comedy centered around a 34-year-old woman with a babyface as she works to become a fashion designer and overcomes obstacles like having only having a high school diploma and a bad credit history.

Choi Jin-Wook (Daniel Choi) is the heir of the famous Jokbal restaurant with millions of dollars in annual revenue. But, Choi Jin-Wook goes against his father and leaves his parents' house. Choi Jin-Wook starts to work at another company to accomplish his dream. Against his will, Choi Jin-Wook starts work in the fashion department. With his sweet character he survives there and meets Lee So-Young Lee So-Young (Jang Na-Ra) ... :face19:



auwww,,comenye bdak nie.....cute,cute,cute sgt!!!!kalau mimi ada msti dia tgk punya!!!:face39:

 
Copyright © . All Right Reserved by E-zati Sofea